Visi
Menjadi akademi grafik, multimedia dan AI yang dipercayai dalam membangunkan kemahiran kreatif dan digital serta memberi impak kepada masyarakat Malaysia.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Tentang Tarbiah Kreatif
Membangunkan kemahiran kreatif dan digital untuk individu, pasukan dan organisasi di Malaysia.
Latihan profesional yang praktikal, berasaskan projek dan relevan dengan tugasan sebenar — daripada komunikasi visual hingga produktiviti dan automasi AI.

Identiti korporat
Tarbiah Kreatif ialah jenama awam yang dikendalikan oleh Tarbiyyah Kreatif Consultancy.
Jenama ini mula membina kehadiran digital pada 2012 melalui Facebook dengan perkongsian grafik dan kandungan pendidikan. Perniagaan didaftarkan secara rasmi pada Februari 2013, berkembang dalam latihan grafik, multimedia, literasi digital dan aplikasi AI.
Kami membantu agensi kerajaan, syarikat, institusi pendidikan, NGO, usahawan dan profesional membina kemahiran yang boleh digunakan dalam pekerjaan. Latihan disampaikan secara bersemuka, dalam talian dan in-house mengikut keperluan organisasi.

Pengasas & Pengarah Urusan
Jurulatih dan perunding dalam bidang grafik, multimedia dan AI. Pengalaman dalam latihan dan perkhidmatan kreatif menjadi asas pendekatan pembelajaran Tarbiah Kreatif.
Biografi, kelayakan & pengalaman →Visi, misi & nilai teras
Menjadi akademi grafik, multimedia dan AI yang dipercayai dalam membangunkan kemahiran kreatif dan digital serta memberi impak kepada masyarakat Malaysia.
Memperkasa individu dan organisasi melalui latihan praktikal, bimbingan dan aplikasi teknologi kreatif serta AI untuk meningkatkan produktiviti, kualiti komunikasi dan keupayaan menyelesaikan masalah.
ITQAN mencerminkan komitmen kami terhadap kerja yang teliti, berkualiti dan bertanggungjawab.
Meneroka idea, teknologi dan kaedah baharu untuk meningkatkan pembelajaran, kreativiti dan produktiviti.
Membina kepercayaan melalui integriti, ketelusan, profesionalisme dan tanggungjawab.
Mengutamakan mutu kandungan, penyampaian latihan, pengalaman peserta dan hasil kerja.
Menyesuaikan pendekatan dengan perubahan teknologi, keperluan industri dan cara kerja baharu.
Membangunkan potensi individu dan organisasi melalui latihan praktikal, bimbingan dan perkongsian ilmu.
Manusia di sebalik Tarbiah Kreatif



Juruteknik Media & IT
Pengurusan Media & IT Videographer TK Studio




Kepakaran pelbagai bidang





Designer, Videographer & Writer



Bidang kepakaran
Reka bentuk komunikasi visual untuk kegunaan korporat termasuk identiti visual, bahan kempen, grafik media sosial, penerbitan digital serta bahan promosi rasmi.
Produksi kandungan video, rakaman, suntingan, storytelling visual, motion graphics serta pembangunan kandungan multimedia untuk media sosial dan pendidikan.
Penguasaan kemahiran digital untuk dunia kerja moden merangkumi produktiviti pejabat, pengurusan maklumat, komunikasi digital dan penggunaan teknologi berkesan.
Aplikasi AI dalam tugasan harian, penghasilan kandungan, automasi kerja, generative media serta integrasi AI dalam aliran kerja organisasi.
Pendekatan latihan
Peserta membina hasil kerja sebenar untuk mengukuhkan pemahaman dan membawa pulang output yang berguna.
Latihan menggunakan senario kerja dan cabaran komunikasi sebenar, mengikut konteks peserta.
Penggunaan AI, reka bentuk, video dan alat produktiviti disepadukan dalam aliran kerja organisasi.
Peserta kami: agensi kerajaan dan jabatan awam, unit komunikasi korporat, institusi pendidikan dan pensyarah, media negeri dan NGO, usahawan, pekerja kreatif, belia serta pelajar.
Pendidikan berterusan
Latihan mengikut tahap dalam grafik, multimedia, literasi digital dan AI, dengan modul yang boleh disesuaikan untuk organisasi.
Pensijilan kompetensi Tarbiah Kreatif dengan sijil, Credential ID dan lencana digital. Setiap laluan mempunyai syarat penilaian tersendiri.
Persediaan bagi program industri terpilih seperti Adobe, Microsoft dan program berkaitan. Sijil vendor tertakluk kepada pendaftaran, peperiksaan dan syarat penerbit masing-masing.
Pilihan laluan kemahiran, pembangunan jurulatih dan kerjasama institusi dibincangkan mengikut program serta syarat semasa.
Sijil penyertaan, pensijilan kompetensi Tarbiah Kreatif, sijil vendor dan kelayakan kemahiran mempunyai penerbit serta syarat berbeza. Semak program, kaedah penilaian dan kelayakan tuntutan sebelum mendaftar.
Perjalanan & kolaborasi
Tarbiah Kreatif bermula melalui Facebook sebagai platform perkongsian grafik dan kandungan pendidikan.
Tarbiyyah Kreatif Consultancy didaftarkan sebagai perniagaan yang mengendalikan jenama Tarbiah Kreatif.
Penglibatan aktif sebagai pempamer dan rakan kerjasama dalam menjayakan Karnival ICT Terengganu di TD1303, anjuran Kerajaan Negeri Terengganu.
Membentuk kerjasama rasmi melalui MoU bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka untuk pembangunan program latihan digital.
Tersenarai sebagai calon akhir (Finalis) dalam Anugerah Belia Terengganu 2021, mengiktiraf sumbangan dalam pembangunan modal insan belia.
Memeterai MoU bersama Politeknik Malaysia bagi memperkasakan agenda latihan teknikal dan vokasional (TVET). Terlibat dalam projek NCER - empowerNCER (Kursus Multimedia Kreatif) di Kolej Komuniti Bandar Baharu.
Dilantik sebagai pembangun modul lanjutan (ToT) untuk program MDEC GLOW (Global Online Workforce). Berperanan sebagai Rakan Kolaborasi Latihan Korporat dalam National Training Week (NTW) 2023-2024.
Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai rakan strategik pendidikan bersama UniSZA dan Tajdid Corporation Sdn. Bhd. Turut terlibat dalam Karnival Tech.Com Terengganu di PSKT pada tahun 2024 dan 2025.
Latihan, percetakan & produksi

Akademi grafik, multimedia dan AI untuk latihan profesional, bengkel dan seminar. Bermula secara digital pada 2012; pendaftaran perniagaan pada Februari 2013.
Lihat perkhidmatan →
Unit design dan percetakan yang bermula pada 2019. Perkhidmatan termasuk banner, bunting, risalah, pakaian, beg, buku dan penerbitan.
Lihat perkhidmatan →
Perkhidmatan fotografi, videografi, video korporat serta live streaming dan broadcasting untuk individu dan organisasi.
Lihat perkhidmatan →
Ruang di Tarbiah Kreatif Training Centre, Kuala Nerus: sehingga 60 orang atau 30 orang bagi susunan latihan dengan meja; projektor, penghawa dingin, surau dan tandas.
Lihat perkhidmatan →Jaringan profesional





Skop pendaftaran, kerjasama dan pensijilan adalah khusus kepada program berkaitan. Hubungi pasukan kami untuk maklumat program serta dokumen sokongan yang diperlukan.
Sumbangan kepada komuniti
Kami menyokong SDG 4: Quality Education melalui akses kepada pembelajaran digital dan pembangunan kemahiran.
Perkongsian ilmu dan sumber pembelajaran untuk komuniti.
Latihan praktikal untuk meningkatkan keupayaan bekerja dan kebolehpasaran.
Bimbingan dan perkongsian sesama peserta serta alumni.
Merancang latihan
Sijil penyertaan disediakan mengikut program. Pensijilan profesional industri memerlukan peserta memenuhi syarat penilaian atau peperiksaan penerbit sijil. Semak butiran laluan yang dipilih sebelum mendaftar.
Kelayakan tuntutan bergantung pada program, kelayakan majikan, syarat skim dan kelulusan berkaitan. Hubungi unit latihan untuk menyemak dokumen dan program sebelum membuat permohonan.
Kursus kami terbuka kepada semua termasuk agensi kerajaan, pekerja korporat, usahawan, pelajar, dan sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran digital dan multimedia.
Kami menawarkan kedua-duanya. Latihan fizikal di pusat latihan kami atau premis anda (in-house), serta latihan dalam talian (virtual) secara langsung melalui Zoom/Google Meet.
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web kami dengan memilih kursus yang diminati atau menghubungi admin kami melalui WhatsApp untuk pendaftaran berkumpulan dan invois korporat.
Ya, kami menawarkan modul In-House Training yang boleh disesuaikan mengikut keperluan spesifik organisasi anda, sama ada fokus kepada pemasaran digital, rekaan grafik, atau AI untuk produktiviti.
Peserta disarankan membawa komputer riba (laptop) sendiri dengan perisian berkaitan (seperti Adobe Photoshop, Illustrator, atau Microsoft Office) telah dipasang untuk sesi praktikal yang optimum.
Kami menyediakan kumpulan sokongan alumni (seperti di Telegram) di mana peserta boleh bertanya soalan susulan, berkongsi hasil kerja, dan mendapatkan tips terkini daripada tenaga pengajar.
HQ & Akademi
Tarbiyyah Kreatif Consultancy
Jenama awam: Tarbiah Kreatif
Ikuti perkongsian ilmu, program dan perkembangan Tarbiah Kreatif melalui saluran rasmi kami.
Kami boleh bantu ada memilih kursus, buat tempahan, mohon dan semak sijil.