FORGOT YOUR DETAILS?

Kursus TikTok Content Creator

Kursus Content Creator Tarbiah Kreatif memberi tumpuan kepada penghasilan dan perancangan kandungan TikTok. Peserta dibimbing mengenal pasti audiens, membina persona, merancang idea video dan mengurus akaun. Modul Business & TikTok Shop tersedia sebagai pilihan berasingan mengikut keperluan peserta.

Bina Kredibiliti, Identiti & Kerjaya di TikTok

Kursus Kandungan Kreatif yang dirangka khusus. Sesuai untuk semua!

Kakitangan Kerajaan dan Swasta

Pelajar Sekolah, Mahasiswa & Graduan

Pereka Grafik serta Kandungan Kreatif

Pekerja / Pakar Jualan & Pemasaran

Ingin Meningkatkan Kemahiran Diri

Apa yang akan anda dapat dalam bengkel ni?

Kursus Hands-On

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar bidang

Fasilitator & Latihan

Bimbingan secara langsung oleh fasilitator berpengalaman dengan latihan pengukuhan

Sijil Yang Diiktiraf

Konsultan yang diiktiraf dan dikenali di Malaysia. Modul HRDCorp Claimable.

Sokongan Berterusan

Kami sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan percuma selepas kursus

Nota Komprehensif

Nota dan modul disediakan. Rakaman khusus untuk kelas online sahaja.

Apa yang akan anda pelajari dalam bengkel ini?

TikTok Content Creator

Program ini untuk anda yang menguruskan akaun TikTok atau ingin menjadi content creator. Peserta dibimbing untuk membina kredibiliti dan persona diri sebagai content creator di platform TikTok, mampu mengembangkan akaun, membina dan merancang konten dan video berkualiti serta menganalisis video dengan berkesan.

  • Pengenalan Aplikasi Tiktok
  • Memantapkan Pengurusan Akaun
  • Persediaan sebagai Seorang Content Creator
  • Pengurusan dan Perancangan Konten
  • Algoritma Tiktok
  • Tips Video Trendy
  • Tips Live di TikTok
  • Bagaimana Menjana Pendapatan di TikTok
  • Durasi

    1 Hari

Business & TikTok Shop

Program ini akan membimbing anda bagaimana membina akaun TikTok for Business dan TikTok Shop, membina rangkaian bersama influencer dan membuat iklan di TikTok.

  • Pengenalan kepada TikTok Shop
  • Kaedah Pendaftaran TikTok Shop
  • Kaedah Muat Naik Produk di TikTok Shop
  • Jadi Affiliate & Bina Affiliate Sendiri
  • Sampel Produk
  • Kaedah Promosi di TikTok Shop
  • Cara Buat Iklan di TikTok Shop - Product Campaigns dan Livestream Campaigns
  • Pengurusan Pesanan dan Khidmat Pelanggan
  • Durasi

    1 Hari

Hubungi Kami

Tempahan untuk kursus di pejabat anda atau di mana sahaja lokasi pilihan.

PENGALAMAN LATIHAN

Jadual Kursus TikTok dan Klien Kami

Pilihan rekod program dan organisasi daripada arkib latihan Tarbiah Kreatif. Terokai mengikut tahun dan tatal senarai dalam setiap kolum.

2023

  • 12 DisKursus TikTok Content CreatorPenganjur: PMINT TerengganuLokasi: Bilik Seminar TK
  • 13 OktKursus TikTok Content CreatorPenganjur: empowerNCERLokasi: Kulim dan Bandar Baharu
  • 20 JulKursus TikTok Content CreatorPenganjur: CMTHub UiTM Shah AlamLokasi: Online
  • 6 JulKursus TikTok Content CreatorPenganjur: CMTHub UiTM Shah AlamLokasi: Online
  • 3 JulKursus TikTok Content CreatorPenganjur: ILIM BesutLokasi: ILIM Besut
  • 26 JunKursus TikTok Content CreatorPenganjur: CMTHub UiTM Shah AlamLokasi: Online

2024

  • 4 DisKursus TikTok Content CreatorPenganjur: CIDBLokasi: Melaka
  • 25 OgosKursus TikTok Content CreatorPenganjur: HRD Corp
  • 8 JulKursus TikTok Content CreatorPenganjur: UPDI,IMITSLokasi: Bilik Kuliah Wisma Darul Iman
  • 25 JunKursus TikTok Content CreatorPenganjur: MyIPOLokasi: Pejabat MyIPO, PJ Sentral Selangor
  • 17 MeiKursus TikTok Content CreatorPenganjur: Kolej Komuniti Kulim

2025

  • 19 JunKursus TikTok Content CreatorPenganjur: JAHEIKLokasi: Royal Hall, Hotel Ibis Style , Kota Bharu
  • 2 FebKursus TikTok Content CreatorPenganjur: UMT GECLokasi: Atas Talian

2026

  • 5 MacKursus TikTok Content CreatorPenganjur: Kementerian Pertahanan Malaysia

AKADEMI / Media & Video Kreatif

Panduan memilih Kursus TikTok Content Creator

Hasil latihan yang disasarkan

  • Menentukan persona dan arah kandungan yang sesuai dengan audiens.
  • Menyusun idea serta perancangan kandungan untuk penerbitan yang konsisten.
  • Memahami pengurusan akaun, format video dan asas siaran langsung TikTok.
  • Memilih laluan latihan Content Creator atau Business & TikTok Shop mengikut tujuan.

Latihan untuk individu dan organisasi

Tarbiah Kreatif beroperasi dari Kuala Nerus, Terengganu. Latihan organisasi boleh dibincangkan mengikut lokasi, tahap peserta dan skop kerja. Untuk penyertaan individu, semak jadual pengambilan semasa dengan pasukan latihan.

Penugasan jurulatih bagi sesuatu program disahkan semasa tempahan.

Soalan sebelum membuat tempahan

Siapakah yang sesuai menyertai kursus Content Creator?

Kursus ini sesuai untuk pengurus akaun organisasi, pasukan komunikasi, usahawan, pemasar dan individu yang mahu membina kandungan TikTok dengan lebih terancang.

Adakah TikTok Shop termasuk dalam modul Content Creator?

Halaman ini menyenaraikan dua modul: TikTok Content Creator dan Business & TikTok Shop, masing-masing berdurasi satu hari. Nyatakan modul pilihan ketika memohon sebut harga; gabungan kedua-duanya perlu dipersetujui dalam pakej.

Adakah kursus ini menjamin video viral atau jualan?

Tidak. Latihan membina kemahiran dan proses penghasilan kandungan. Capaian video dan jualan dipengaruhi kandungan, audiens, konsistensi, tawaran serta perubahan platform.

Perlukah saya belajar menyunting video dahulu?

Anda boleh bermula dengan kemahiran asas smartphone. Jika fokus utama ialah teknik suntingan klip, kapsyen dan audio, kursus CapCut boleh dijadikan latihan pelengkap.

creAItiv™ CERTIFICATION PROGRAMS

Bina kemahiran. Buktikan kompetensi.

Sistem sijil dan badge bertahap Tarbiah Kreatif menghubungkan pembelajaran dengan competency unit, hasil kerja dan evidence. Terokai pathway Video Creation yang berkaitan dengan bidang latihan ini.

Pathway bidang: Associate → Innovator → Trainer. Penganugerahan badge tertakluk kepada course mapping, evidence, penilaian dan syarat tahap dalam Badge Library; kehadiran kursus tidak memberikan semua tahap secara automatik. Semak pemetaan kursus pada badge yang dipilih.

Master Trainer ialah pengiktirafan rentas bidang bagi Certified Trainer yang memenuhi syarat berkaitan, bukan tahap automatik selepas satu kursus.

MULAKAN LATIHAN ANDA

Mohon modul, tarikh dan sebut harga

Kongsikan nama organisasi, jumlah dan tahap peserta, tarikh cadangan, lokasi serta hasil latihan yang diperlukan. Kami bantu padankan modul dengan keperluan anda.

Harga, kandungan pakej dan kelayakan tuntutan HRD Corp disahkan mengikut program, syarat skim serta kelulusan berkaitan. Pensijilan vendor dan lesen perisian hanya termasuk jika dinyatakan dalam pakej.

WhatsApp pasukan latihanE-mel pasukan latihan+60 12-969 8397
training@tarbiahkreatif.edu.my
TOP