FORGOT YOUR DETAILS?

Adobe After Effects logo icon for motion graphics and visual effects.

Kursus Motion Graphics dengan Adobe After Effects

Kursus Adobe After Effects memperkenalkan animasi dan motion graphics melalui komposisi, layers dan keyframes. Peserta berlatih menganimasikan teks serta grafik, menggunakan kesan visual dan menggabungkan elemen dalam projek akhir sebelum eksport.

Hidupkan Visual Anda dengan Kesan Khas & Motion Graphics Profesional

Bengkel 2 Hari "From Zero to Hero"Kombinasi Terbaik LATIHAN PRAKTIKAL dan TEMPLATESSesuai untuk semua!Sama ada anda yang baru kenal atau nak belajar dari kosong dan lanjutan untuk para DESIGNERS untuk UPGRADE SKILLS anda.

DVD Tutorial Tak Reti Nak Guna?

Cakap dalam tutorial senang...

Susah dan Tak Praktikal?

Dah pergi training tapi masih tak reti nak buat sendiri…

Shooting tak berapa cantik?

Nampak kaku dan kayu!

Nak IMPROVE skill videografik?

Masih style lama... Nak lebih trendy.

Nak guna untuk marketing?

Boleh tak ajar terus untuk guna dalam marketing?

Nak baiki imej syarikat?

Nak tambah softskills? Jimat kalau tahu buat sendiri je...

Kursus komputer yang dirangka khusus. Sesuai untuk semua!

Pekerja Sektor Awam & Swasta

Sekolah, Mahasiswa & Graduan

Orang Awam

Apa yang akan anda dapat dalam bengkel ni?

Kursus Hands-On

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar bidang

Fasilitator & Latihan

Bimbingan secara langsung oleh fasilitator berpengalaman dengan latihan pengukuhan

Sijil Yang Diiktiraf

Tarbiah Kreatif adalah konsultan yang diiktiraf dan dikenali di Malaysia

Sokongan Berterusan

Kami sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan percuma selepas kursus

Nota Komprehensif

Nota dan modul disediakan. Rakaman khusus untuk kelas online sahaja.

Apa yang akan anda pelajari dalam bengkel ini?

Bengkel ini memberi pendedahan kepada anda semua keperluan dan kegunaan tools utama dengan berkesan. Apabila anda memahami dan menguasai asas dan aliran kerja Adobe After Effects dengan betul, anda akan dapat menghasilkan video dengan lebih baik dan ia menjadi jalan pintas untuk reka bentuk grafik motion yang profesional.

Dalam kursus Bengkel Asas Video Grafik: Adobe After Effects ini anda akan belajar dan menghasilkan kesan khas (VFX) serta asas 'motion grafik'.

Bermula dengan pengenalan dan antara muka program, keyframing dan anda akan berpeluang menyiapkan animasi pertama anda. Bengkel asas ini merupakan gerbang untuk anda menguasai dunia 'motion graphic'.

Pengenalan kepada Motion Graphics dan After Effects: Memahami apa itu Motion Graphics dan fungsi After Effects. Pelajar akan belajar antaramuka perisian dan elemen penting seperti Timeline dan Layer.

Asas Komposisi: Cara mencipta komposisi baru, mengimport media, dan memahami struktur lapisan (Layers) dalam projek.

Animasi Asas: Pelajar akan belajar animasi asas menggunakan Keyframes untuk mengawal posisi, skala, putaran, dan opasiti objek.

Animasi Teks Asas: Fokus kepada mencipta teks dan menganimasikannya menggunakan efek asas seperti Fade, Zoom, dan Slide.

Animasi Grafik Vektor: Cara mengimport grafik vektor dan menganimasi Shape Layers menggunakan alat seperti Trim Paths dan Mask.

Penggunaan Parenting dan Null Objects: Belajar menggunakan Parenting dan Null Objects untuk mengawal hubungan animasi antara elemen dalam komposisi.

Efek Visual Asas: Pengenalan kepada Effects & Presets. Pelajar akan belajar menggunakan efek seperti Blur, Glow, dan Color Correction.

Efek Transisi: Cara membina transisi visual menggunakan efek Linear Wipe, Slide, dan Blur untuk menghubungkan elemen dalam animasi.

Penggunaan Kamera dan 3D Layers: Pelajar akan belajar bekerja dengan 3D Layers dan kamera maya untuk menghasilkan kesan sinematik dalam ruang 3D.

Intro kepada Rotoscoping dan Green Screen: Teknik asas untuk mengasingkan elemen menggunakan Rotoscoping dan Green Screen, serta menggabungkan dengan latar belakang baru.

Projek Akhir – Menggabungkan Semua Teknik: Menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk membina projek akhir yang lengkap dengan teks, grafik, dan efek.

Pengeksportan dan Format Video: Panduan mengeksport video siap dengan format yang sesuai menggunakan Adobe Media Encoder, termasuk H.264 dan ProRes.

Peserta akan memahami antaramuka After Effects, mencipta komposisi, serta menghasilkan animasi asas untuk grafik dan teks menggunakan Keyframes.

Mampu menggunakan efek visual asas seperti Blur dan Glow, serta mencipta transisi lancar antara elemen animasi.

Peserta mampu bekerja dengan elemen 3D, mengendalikan kamera maya, dan mengeksport video berkualiti tinggi untuk pelbagai platform.

  • Durasi

    2 - 3 Hari
  • Tahap

    Asas - Pertengahan

Hubungi Kami

Tempahan untuk kursus di pejabat anda atau di mana sahaja lokasi pilihan.

AKADEMI / Media & Video Kreatif

Panduan memilih Kursus Adobe After Effects

Hasil latihan yang disasarkan

  • Menyediakan komposisi dan mengurus layers.
  • Menganimasikan teks dan grafik menggunakan keyframes.
  • Menggunakan efek, masking dan asas compositing.
  • Mengeksport projek motion graphics.

Latihan untuk individu dan organisasi

Tarbiah Kreatif beroperasi dari Kuala Nerus, Terengganu. Latihan organisasi boleh dibincangkan mengikut lokasi, tahap peserta dan skop kerja. Untuk penyertaan individu, semak jadual pengambilan semasa dengan pasukan latihan.

Penugasan jurulatih bagi sesuatu program disahkan semasa tempahan.

Soalan sebelum membuat tempahan

Adakah After Effects menggantikan aplikasi suntingan video?

Fokusnya animasi dan kesan visual. Untuk penyusunan rakaman panjang serta suntingan keseluruhan video, Premiere Pro ialah latihan pelengkap yang sesuai.

Berapa lama kursus ini?

Modul yang disenaraikan ialah 2–3 hari mengikut modul. Tempoh akhir dan skop disahkan semasa tempahan.

Apakah yang perlu disediakan sebelum latihan?

Sediakan peranti, akaun dan akses aplikasi yang sesuai serta contoh tugasan yang dibenarkan organisasi. Keperluan lesen dan bahan latihan perlu disahkan dalam pakej.

Bolehkah modul disesuaikan untuk organisasi?

Ya. Nyatakan tahap peserta, bilangan peserta, tarikh, lokasi dan hasil kerja yang diperlukan supaya skop serta sebut harga boleh diselaraskan.

creAItiv™ CERTIFICATION PROGRAMS

Bina kemahiran. Buktikan kompetensi.

Sistem sijil dan badge bertahap Tarbiah Kreatif menghubungkan pembelajaran dengan competency unit, hasil kerja dan evidence. Terokai pathway Video Creation yang berkaitan dengan bidang latihan ini.

Pathway bidang: Associate → Innovator → Trainer. Penganugerahan badge tertakluk kepada course mapping, evidence, penilaian dan syarat tahap dalam Badge Library; kehadiran kursus tidak memberikan semua tahap secara automatik. Semak pemetaan kursus pada badge yang dipilih.

Master Trainer ialah pengiktirafan rentas bidang bagi Certified Trainer yang memenuhi syarat berkaitan, bukan tahap automatik selepas satu kursus.

MULAKAN LATIHAN ANDA

Mohon modul, tarikh dan sebut harga

Kongsikan nama organisasi, jumlah dan tahap peserta, tarikh cadangan, lokasi serta hasil latihan yang diperlukan. Kami bantu padankan modul dengan keperluan anda.

Harga, kandungan pakej dan kelayakan tuntutan HRD Corp disahkan mengikut program, syarat skim serta kelulusan berkaitan. Pensijilan vendor dan lesen perisian hanya termasuk jika dinyatakan dalam pakej.

WhatsApp pasukan latihanE-mel pasukan latihan+60 12-969 8397
training@tarbiahkreatif.edu.my
TOP