Bengkel Grafik Asas Adobe Photoshop di Kuala Terengganu
Bengkel Asas Photoshop berlangsung di Gong Badak Kuala Terengganu hari ini.
Sewaktu sesi Taaruf suai kenal bersama peserta-peserta awal pagi tadi,sangat happening? apabila masing-masing begitu semangat untuk belajar design sebab nak buat iklan,timeline fb,gambar fb ads dan macam-macam lagi untuk memajukan bisnes mereka..masyaAllah tabik spring kami??
jangan tak percaya,ada yang sampai sanggup beli laptop baru semata untuk belajar design hari ini,gigih kakak ini..semoga Allah memajukan bisnes dengan niat akak yang bersungguh2 untuk belajar.
Belajar buat design sendiri ini lebih rasa puas dihati sebenarnya daripada kita upah orang..
Nak warna apa..nak letak gambar apa..nak tulis apa..semuanya kita boleh buat dengan kreativiti dan keinginan kita sendiri..barulah best kan.
Terima kasih di atas kesungguhan, kegigihan, respon dan komitmen semua sepanjang bengkel tadi. Korang memang awesome!

- Published in Berita & Aktiviti
FULL HOUSE! Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Kuala Terengganu
Alhamdulillah,Full house!?
Penampilan julung kalinya bagi BENGKEL GRAFIK ADOBE ILLUSTRATOR di TERENGGANU DARUL IMAN bersama kami.
Sambutan sangat menggalakkan dari geng-geng Tranung kite,terkejut dan teruja juga dibuatnya.
Terbaiklah ? orang ganu kita,tambah ilmu baru untuk jana kemahiran diri dan peluang lebih untuk berbisnes sendiri akan datang insyaAllah.
Bagi mereka yang tidak sempat bersama kami kali ini,nantikan kemunculan kami pada jadual yang akan di update dalam masa yang terdekat biiznillah.

- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Video Dakwah di UPSI

Bengkel Video Dakwah bersama adik-adik mahasiswa di UPSI. Kehadiran penuh 100 orang dari pelbagai bangsa dan agama. Hebat Al-Mursyidin Club. Tahun lepas juga begini… bersama kami dalam Bengkel Adobe Photoshop. Mahasiswa UPSI antara pelanggan tetap kami. Setiap tahun, dua, tiga kali kami bermusafir ke Tanjung Malim. Terima kasih banyak-banyak.
Paling seronok bila review hasil karya diorang. Ramai berbakat! Thanks for your big effort to create such awesome videos!
Juga terima kasih di atas hadiah yang cukup bermakna buat kami.
- Published in Berita & Aktiviti
VECTORIZE: Bengkel Adobe Illustrator di PPAS Shah Alam
Berakhir sudah bengkel VECTORIZE: Adobe Illustrator for Beginner buat julung kalinya di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Uda, Shah Alam hari ini. Alhamdulillah. Kami berasa amat terharu dengan komitmen peserta yang sanggup hadir dari seluruh pelusuk tanah air, dari Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan lain-lain.
Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami. Semoga bermanfaat.


- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Bangi Gateway
Alhamdulillah. FULL HOUSE! Selesai Bengkel Grafik Adobe Illustrator di Bangi Gateway kelmarin. Terima kasih semua yang sudi gilap kemahiran grafik dengan kami terutama yang datang jauh dari Pahang, Kedah, Melaka dan Johor. Semoga tuan/puan terus maju ke hadapan! InsyaAllah.

- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) di PPAS Shah Alam
Selesai sudah Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) kelmarin. Sambung lagi 2 minggu, 25hb untuk Bengkel Advanced Photoshop. Seat ada lagi kosong. Berminat, sila pm kami.
Tak kira anda mahasiswa, usahawan, lepasan ijazah atau bekerja dalam apa jua bidang, atau nak belajar sekadar hobi, atau isi masa lapang kami sedia membantu.

- Published in Berita & Aktiviti
Menuju ke Alam Lensa bersama Mahasiswa UPSI
Alhamdulillah, hebat mahasiswa UPSI. Bengkel khusus photo editing menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan video editing menggunakan Adobe After Effects ini sangat mengujakan. Ada di kalangan mahasiswa Sains Komputer turut hadir. Pelajar Muslim dan Non-Muslim tak kekok untuk sertai, belajar bersama kami untuk kuasai dua perisian ini di Bilik Seminar Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dan… Setiap kali program di UPSI, jumlah peserta mencecah 100 orang! Penat tapi bersemangat dan seronok bila ramai-ramai macam ni. TAHNIAH penganjur, Al-Mursyidin Club!
Semoga bermanfaat!

- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Kg Sri Aman, Puchong
Alhamdulillah, Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator bersama masyarakat Kg Sri Aman, Puchong berjalan dengan jayanya pada Ahad lalu. Terima kasih kepada JKP Zon 12 MPSJ di atas jemputan dan juga para peserta di atas komitmen dan ketekunan belajar sehingga tamat program. Semoga bermanfaat.

- Published in Berita & Aktiviti









