Tarbiah Kreatif Anjur Pertandingan Poster & Video Kreatif Canva
Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, Tarbiah Kreatif mengadakan cabaran reka grafik menggunakan aplikasi dalam talian, Canva. Pertandingan Poster dan Video Kreatif ini berdasarkan tema Hari Kebangsaan Ke-64 “Malaysia Prihatin” berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September.

Pelbagai hadiah istimewa berjumlah RM3,000 untuk dimenangi.


Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta diminta untuk menghantar poster bersaiz 1080 x 1080 px atau video berdurasi tidak melebihi 2 minit yang dihasilkan menggunakan Canva selewat-lewatnya pada 10 September 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tarbiah Kreatif, sila layari www.tarbiahkreatif.my atau di laman Facebook, Tarbiah Kreatif.
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu
Bosan template PowerPoint yang lama? Warna tak menarik? Design tak menawan? Infografik kurang mengancam? Gambar tak WOW?Nak nampak lebih profesional?MEH! Atas permintaan sahabat-sahabat, kami bawakan kembali Bengkel PowerPoint Gaya Korporat pada 31 Oktober ini di Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia Kuala Terengganu.

Anda boleh mengubah persepsi atau pandang pertama orang yang sangat BERHARGA kepada syarikat anda melalui persembahan slide korporat yang POWER!
APA YANG ANDA AKAN PEROLEHI DARIPADA BENGKEL NI?
Anda akan dibimbing bagaimana untuk menghasilkan dan menyusun infografik syarikat anda dalam slide yang sepatutnya.Anda juga akan dibekalkan contoh yang lengkap. Tinggal lagi tukar gambar dan perkataan je. Bukan hanya edit. Kami bimbing sekali macam mana nak bina dan guna template.
Anda akan dapat menghasilkan slaid, iklan infografik, video infografik korporat, siap animasi, PDF softcopy profil syarikat ready to print yang LEBIH POWER dan BERTARAF DESIGNER PROFESIONAL! InsyaAllah.
PALING BEST! Ada tips & trik macam mana nak buat animasi yang bagus, font yang sedap pandang, warna yang WOW, gambar yang best, video yang cun! Program PADAT 1 hari siap latihan yang dibimbing dan akan disiapkan dalam bengkel.
TERHAD 15 orang sahaja di musim PKP ini. Sila patuhi SOP.
Maklumat lanjut di:https://www.facebook.com/events/3432680283511943/
Daftar segera di:https://tiny.cc/pptkorporat
KLIK TERUS ye!https://tiny.cc/pptkorporat
- Published in Berita & Aktiviti
“VOICE OUT! Virtual Guide to Speech Presentation” Menang Emas
TAHNIAH Puan Saliana dan Tim dari Pusat Pengajian Teras Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi kerana memenangi Emas dalam Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2020 di Kolej Universiti TATI.
@tarbiyyahkreatif turut bekerjasama menghasilkan modul ini yang bertajuk VOICE OUT! Virtual Guide to Speech Presentation. Modul ini dilengkapi fungsi VR yang dibangunkan oleh Fakulti Komputer dan Informatik UniSZA.
Subhanallah. Alhamdulillah.
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Asas Adobe Illustrator Mac 2020
Hari ini Bengkel Grafik diteruskan dengan siri Bengkel Asas Adobe Illustrator. Kebanyakan para peserta hari ini Muka baru peserta baru yang meminati bidang reka grafik yang baru berpeluang hari ini untuk hadir bersama kami 😊
Selamat datang kami ucapkan kepada semua peserta🤗, berkenalan dengan para peserta ini membuat kami lebih bersemangat meneruskan sesi sharing ilmu grafik hari ini.
Kali ini, Ada peserta yang baru sahaja lepas STPM, ada juga yang masih belajar( peserta termuda kami) hari ini, baru berada di tingkatan 2 namun kerana minat yang mendalam dengan ilmu reka grafik turut hadir walaupon baru semalam melihat iklannya, jadi sempat buat pendaftaran walkin pagi ini. Alhamdulillah sempat join! 😊.
Sepanjang menguruskan pendaftaran para peserta dalam siri bengkel grafik, saya sangat terharu melihat ibu bapa yang sungguh cakna dengan minat dan keinginan anak-anak muda belia mereka dalam bidang ini. Satu pujian dan ucapan syabas dan tahniah atas kesungguhan kalian mencari jalan dan alternatif yang bagus untuk anak-anak mendalami ilmu reka grafik ini.
Semoga para peserta mendapat ilmu baru hari ini dan dapat di manfaatkannya untuk masa depan yang lebih cerah InsyaAllah 🌹
Anda juga berminat nak join Bengkel Grafik Tarbiyyah Kreatif? Hubungi saya segera untuk pendaftaran :
www.wasap.my/60105758397/BengkelGrafik2020
- Published in Berita & Aktiviti
Majlis Solat Hajat & Doa Selamat TK 2020
Terima kasih sahabat-sahabat yang hadir ke Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat di teratak @tarbiyyahkreatif pagi Jumaat yang penuh barakah yang lalu. InsyaAllah, kami berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan reka grafik, percetakan dan studio fotografi dan video di sini.
Jazakallah khairan القارئ بلال الحسيني Qari Sheikh Bilal Al-Hossayny yang memimpin Solat dan doa serta para jemaah, tetamu, sahabat trainer dan pelanggan kami. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua.
Doakan kami dan teratak ini agar sentiasa diberkati Allah, diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu dan zikrullah, menjadi punca rezeki yang halal lagi barakah serta dilindungi dari anasir yang tidak baik.
Terima kasih juga di atas bimbingan dan sokongan pihak RISDA. Tetap hadir walaupun tak sempat dengan majlis.
- Published in Berita & Aktiviti
Persijilan Grafik & Multimedia
LAMARAN DIBUKA BUAT MEREKA YANG SUDI
30 ORANG BERTUAH UNTUK KAMI PIMPIN BERSAMA
Persijilan Grafik & Multimedia 1.0 anjuran bersama Tarbiyyah Kreatif, Rizq Designer dan Ustaz Designer Creative bertempat di TD1303 Kuala Terengganu bermula 18 Januari hingga 4 April 2020.
💠Kami nak bantu 30 orang untuk teroka dunia multimedia.
- Bukan orang ke-18 atau orang ke-19 tapi sampai ke 30 orang yang terpilih.
- Kami tak nak janjikan bulan dan bintang.. Kami hanya nak kongsi apa yang boleh bagi..
- Bukan dari seorang.. Bukan juga dua orang..
- Tapi Dari KAMI BERTIGA … Saya Ulangg!! KAMI BERTIGA.. Bukan Madu Tiga 😅
APA YG ANDA AKAN BELAJAR SEPANJANG 6 SESI NI?
Cara menghasilkan Segala Bahan Multimedia yang memukau dan OHSEM
- Illustrator – 18 Januari 2020 & 15 Februar 2020
- Photoshop – 29 Februari 2020 & 7 Mac 2020
- After Effects – 21 Mac 2020 & 4 April 2020
Anda akan dibantu secara LIVE dan PRAKTIKAL untuk BASIC & ADVANCE
➡Jadi datang dan belajar dari mula. (Jika dah power, tak perlu hadir) khusus utk newbie.
💚” 30%% teori 70% teknikal, pastikan anda bersedia mental & fizikal”💚
Oke.. Bila PERSIJILAN ni?
# JANUARI – APRIL 2020
# Lokasi Pun Bukan Kaleng-Kaleng di TD1303 Kuala Terengganu terr..
BERAPA YURAN?
Hanya RM200/seorang/DUA SESI
Hanya RM200/seorang/DUA SESI
Hanya RM200/seorang/DUA SESI
Jap..tunggu kejap!
Itu harga untuk Pendaftaran! Kami faham, kalau baru nak mula belajar, bajet pun terhad je.
Jadi kami nak bantu anda..
*HARGA EARLY BIRD*
Hanya RM150/seorang/DUA SESI
Hanya RM150/seorang/DUA SESI
Hanya RM150/seorang/DUA SESI
Jimat RM50 sehingga 25 Disember pada Rabu- 12am sahaja tau!
OKEY MACAM MANA NAK DAFTAR?
Ada Team Kami Menanti Wasap Anda..
www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo
www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo
Pendaftaran adalah TERHAD Lambat…tinggal. Kami hanya ingin yg serius utk belajar dan dibantu.
#SHARE& VIRALKAN, kami akan doakan anda berjaya!
www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo
www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Teknodu’at Hasilkan Bahan Dakwah
BANGI: Seramai 30 peserta mewakili Dewan Pemuda, Muslimat dan mahasiswa dari PAS Kawasan dan Negeri seluruh Malaysia telah menghadiri Bengkel Tekno Du’at yang diadakan di sini semalam.

Bengkel Teknodu’at 2019
Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia, Dr Mardhiyah Hayati Salleh berkata, bengkel ini akan dapat mengisi kekurangan bahan-bahan dakwah untuk digunakan bersama kepada pelbagai entiti dakwah di bawah PAS.
“Bahan-bahan dakwah yang terhasil akan memudahkan para pendakwah mendekati masyarakat sama ada di media sosial mahupun di lapangan dengan sasaran dakwah lebih luas di mana skop penyediaan bahan merangkumi keperluan masyarakat Muslim mahupun bukan-Muslim.
“Kerjasama daripada semua pihak dalam penyediaan, dan design bahan dakwah diharapkan akan mewujudkan medium dakwah yang berinovasi dalam penyampaian dakwah sesuai dengan kehendak masyarakat alaf baru.”
Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia, Dr Mardhiyah Hayati Salleh
Setiausaha Lajnah Dakwah Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hafizul Husni Alias telah memberi penghargaan kepada semua peserta kerana dapat mencapai sasaran cabaran penganjur untuk menghasilkan 100 reka bentuk bahan dakwah dalam program tersebut.
Beliau membangkitkan permasalahan yang berlaku terdahulu iaitu Lajnah Dakwah mengalami kekangan kerana kekurangan tenaga untuk menghasilkan bahan dakwah atau risalah sebagai edaran ketika melaksanakan street dakwah.
“Program ini telah merintis penghasilan pelbagai bahan dakwah untuk sebaran ke seluruh negara dan ini akan disusuli dengan penyediaan ‘Manual Dakwah’ oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai kit lengkap untuk para pendakwah PAS di Malaysia.”
Setiausaha Lajnah Dakwah Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hafizul Husni Alias
Bengkel yang bertemakan Membina Media Didik Islamik ini adalah anjuran bersama Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia dan Pemuda PAS Malaysia telah memilih Founder Tarbiyyah Kreatif, Ustaz Izzuddin Ismail selaku penceramah dan pembimbing.

Antara pengisian bengkel oleh penceramah adalah mengenai Konsep Design, Teknik Viral dan ‘Tips and Tricks, Fundamental Of Grafic Design’ yang telah menjadi panduan kepada para peserta menghasilkan bahan-bahan meliputi 24 maudhu’ dakwah yang telah ditentukan.
Bersempena program tersebut juga, Lajnah Dakwah Muslimat telah melancarkan laman rasmi mereka iaitu Dakwah Muslimat Malaysia yang akan menjadi momentum untuk menyebarluaskan dakwah di media sosial. – HARAKAHDAILY 15/12/2019
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Grafik Asas Photoshop & Illustrator di Selangor


Bagi yang menunggu-nunggu jadual bengkel grafik Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dari kami di sekitar Lembah Kelang, anda pasti teruja dengan dua bengkel ini.
Anda boleh ikuti Bengkel Kombo kami Asas Adobe Ps dan Ai di Masjid Al-Quddus, Seri Kembangan pada 21 & 22 Disember 2019 atau Bengkel Grafik Asas Adobe Photoshop pada 4 Januari depan di Masjid Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam, Selangor.
Dua siri bengkel ini juga kami laksanakan sebagai sebahagian tugas dakwah untuk mengimarahkan masjid di samping mengumpul dana bagi sekolah agama rakyat dan masjid oleh penganjur.
Hubungi nombor yang tertera di poster untuk pendaftaran.
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Advanced Photoshop dan Illustrator Siri Terakhir 2019

INGIN TINGKATKAN KEMAHIRAN VISUAL GRAFIK?
Takkan nak sama je tahap design dulu dengan sekarang… JOM belajar guna tools dan advance features Adobe Photoshop dan Illustrator!
Kami telah mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel tahap ADVANCE untuk para pereka grafik dan trainer yang nak UPGRADE SKILLS diorang.
InsyaAllah, atas permintaan ramai Tarbiyyah Kreatif akan meneruskan Bengkel Visual Grafik: Advanced Photoshop akan diadakan pada 30 November dan Bengkel Visual Grafik: Advanced Illustrator pada 7 Disember, siri terakhir pada tahun ini di Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Kuala Terengganu.
Klik pautan di atas atau di ruangan fb.com/tarbiyyahkreatif/events untuk kandungan kursus dan maklumat lanjut mengenai bengkel ini.
Pendaftaran DIBUKA sekarang! TERHAD 30 orang sahaja!
Scan QR CODE atau layari https://tiny.cc/grafiknov atau wasap terus kami untuk pendaftaran:
www.wasap.my/60105758397/AdvancedPhotoshop
www.wasap.my/60105758397/AdvancedIllustrator
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Kuasai Grafik Perkasa Pemasaran Digital & Usahawan Percetakan

cof 
dav 

















KUALA TERENGGANU – Bengkel Kuasai Grafik selama 3 hari telah berlangsung dengan jayanya pada 11-13 Oktober 2019 di Tarbiyyah Kreatif Training Centre Kuala Terengganu. Bengkel ini merangkumi latihan visual grafik perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe Indesign.
Sambutan yang hangat memenuhkan bilik seminar Tarbiyyah Kreatif Training Centre. Peserta yang hadir terdiri daripada para usahawan, designer, trainer grafik, pegawai IT, pelajar dan guru yang hadir dari pelbagai daerah di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Terdapat juga peserta-peserta yang telah hadir beberapa sesi kerana ingin mengulangkaji dan menggilap kemahiran yang ada.
Latihan ini merangkumi servis percetakan biasa, korporat, media sosial termasuk penerbitan buku.
Semangat para peserta ditonjolkan dengan hasil kerja yang dihantar untuk sesi penilaian oleh jurulatih.
Semoga program ini dapat menambah nilai dan mutu perkhidmatan serta pemasaran perniagaan masing-masing.
- Published in Berita & Aktiviti







































