GIVEAWAY: Taqwim Waktu Solat & Berbuka Ramadhan 1441H
Masih Mencari Kalendar Waktu Berbuka Puasa?
Kami nak kongsi di sini e-poster HD bersaiz A2. Download je di sini.
PERCUMA SAHAJA! Korang boleh cetak sendiri je kat rumah… TERHAD kepada 4 Zon berikut:
+ TERENGGANU – K.Terengganu/Marang/K.Nerus
+ TERENGGANU – Kemaman/Dungun
+ SELANGOR – Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Shah Alam
+ W. PERSEKUTUAN – Putrajaya/Kuala Lumpur
Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Ramadhan tiba!

TERENGGANU: Kemaman & Dungun 
TERENGGANU: Kuala Terengganu, Marang & Kuala Nerus 
SELANGOR: Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor & Shah Alam 
W. PERSEKUTUAN: Putrajaya, Kuala Lumpur
Klik butang kanan pada gambar dan klik “Save Image As”
Selamat menjalani ibadah puasa.
- Published in Sumber & Promosi
Bengkel Grafik Asas Photoshop & Illustrator di Selangor


Bagi yang menunggu-nunggu jadual bengkel grafik Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dari kami di sekitar Lembah Kelang, anda pasti teruja dengan dua bengkel ini.
Anda boleh ikuti Bengkel Kombo kami Asas Adobe Ps dan Ai di Masjid Al-Quddus, Seri Kembangan pada 21 & 22 Disember 2019 atau Bengkel Grafik Asas Adobe Photoshop pada 4 Januari depan di Masjid Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam, Selangor.
Dua siri bengkel ini juga kami laksanakan sebagai sebahagian tugas dakwah untuk mengimarahkan masjid di samping mengumpul dana bagi sekolah agama rakyat dan masjid oleh penganjur.
Hubungi nombor yang tertera di poster untuk pendaftaran.
- Published in Berita & Aktiviti
VECTORIZE: Bengkel Adobe Illustrator di PPAS Shah Alam
Berakhir sudah bengkel VECTORIZE: Adobe Illustrator for Beginner buat julung kalinya di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Uda, Shah Alam hari ini. Alhamdulillah. Kami berasa amat terharu dengan komitmen peserta yang sanggup hadir dari seluruh pelusuk tanah air, dari Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan lain-lain.
Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami. Semoga bermanfaat.


- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) di PPAS Shah Alam
Selesai sudah Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) kelmarin. Sambung lagi 2 minggu, 25hb untuk Bengkel Advanced Photoshop. Seat ada lagi kosong. Berminat, sila pm kami.
Tak kira anda mahasiswa, usahawan, lepasan ijazah atau bekerja dalam apa jua bidang, atau nak belajar sekadar hobi, atau isi masa lapang kami sedia membantu.

- Published in Berita & Aktiviti





