Buku Pertama Keluaran Tarbiyyah Kreatif Kini Di Pasaran

Alhamdulillah. Majlis Perasmian Pelancaran Buku #NotaGrafikUsrah telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Idris Ahmad jam 12 tengah hari di tapak pameran Karnival Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu.
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator Siri II di Kuala Terengganu
Oleh kerana yang berminat dan menghubungi kami untuk menyertai bengkel grafik asas Adobe Illustrator, maka kami adakan juga di selang masa yang ada walaupun jadual bulanan telah padat untuk beberapa bulan ini untuk memenuhi permintaan masyarakat khususnya golongan usahawan dan pengusaha IKS di Terengganu.
Bagus orang Tranung nih, advanced semua.. Software pon pakai yang latest semua up-to-date lah korang ni ?

#Bengkelgrafikganu
#BengkelAdobeIllustrator
#TarbiyyahKreatif
#BelajarAdobeIllustrator
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Asas Grafik: Adobe Illustrator & Photoshop di Kolej MARA Seremban
Memenuhi jemputan untuk mengendalikan bengkel grafik asas dua hari, Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop terbuka bersama masyarakat di Kolej MARA Seremban.
Terima kasih di atas jemputan. Berminat untuk belajar dengan kami secara in-house training atau program kerjasama? Whatsapp terus…
www.wasap.my/60175658397
www.wasap.my/60105758397


- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Advanced Photoshop di Kuala Terengganu
Alhamdulillah, selesai Bengkel Advanced Photoshop dengan awok-awok Tranung marin. Terima kasih di atas kesudian YB Ust Shaharizukirnain Abdul Kadir, Ahli Parlimen Setiu turut hadir buat kali kedua ke bengkel kami. Terima kasih kerana sudi dan percaya dengan khidmat kami.
Ramai yang hadir ni otai-otai kedai printing yang nak mantapkan skill sambil sharing juga. Harap semua dapat manfaat dan terus praktikkan. Stay keep in touch! Jumpa lagi lain kali! InsyaAllah…

- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Grafik Asas Adobe Photoshop di Kuala Terengganu
Bengkel Asas Photoshop berlangsung di Gong Badak Kuala Terengganu hari ini.
Sewaktu sesi Taaruf suai kenal bersama peserta-peserta awal pagi tadi,sangat happening? apabila masing-masing begitu semangat untuk belajar design sebab nak buat iklan,timeline fb,gambar fb ads dan macam-macam lagi untuk memajukan bisnes mereka..masyaAllah tabik spring kami??
jangan tak percaya,ada yang sampai sanggup beli laptop baru semata untuk belajar design hari ini,gigih kakak ini..semoga Allah memajukan bisnes dengan niat akak yang bersungguh2 untuk belajar.
Belajar buat design sendiri ini lebih rasa puas dihati sebenarnya daripada kita upah orang..
Nak warna apa..nak letak gambar apa..nak tulis apa..semuanya kita boleh buat dengan kreativiti dan keinginan kita sendiri..barulah best kan.
Terima kasih di atas kesungguhan, kegigihan, respon dan komitmen semua sepanjang bengkel tadi. Korang memang awesome!

- Published in Berita & Aktiviti
FULL HOUSE! Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Kuala Terengganu
Alhamdulillah,Full house!?
Penampilan julung kalinya bagi BENGKEL GRAFIK ADOBE ILLUSTRATOR di TERENGGANU DARUL IMAN bersama kami.
Sambutan sangat menggalakkan dari geng-geng Tranung kite,terkejut dan teruja juga dibuatnya.
Terbaiklah ? orang ganu kita,tambah ilmu baru untuk jana kemahiran diri dan peluang lebih untuk berbisnes sendiri akan datang insyaAllah.
Bagi mereka yang tidak sempat bersama kami kali ini,nantikan kemunculan kami pada jadual yang akan di update dalam masa yang terdekat biiznillah.

- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Video Dakwah di UPSI

Bengkel Video Dakwah bersama adik-adik mahasiswa di UPSI. Kehadiran penuh 100 orang dari pelbagai bangsa dan agama. Hebat Al-Mursyidin Club. Tahun lepas juga begini… bersama kami dalam Bengkel Adobe Photoshop. Mahasiswa UPSI antara pelanggan tetap kami. Setiap tahun, dua, tiga kali kami bermusafir ke Tanjung Malim. Terima kasih banyak-banyak.
Paling seronok bila review hasil karya diorang. Ramai berbakat! Thanks for your big effort to create such awesome videos!
Juga terima kasih di atas hadiah yang cukup bermakna buat kami.
- Published in Berita & Aktiviti
VECTORIZE: Bengkel Adobe Illustrator di PPAS Shah Alam
Berakhir sudah bengkel VECTORIZE: Adobe Illustrator for Beginner buat julung kalinya di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Uda, Shah Alam hari ini. Alhamdulillah. Kami berasa amat terharu dengan komitmen peserta yang sanggup hadir dari seluruh pelusuk tanah air, dari Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan lain-lain.
Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami. Semoga bermanfaat.


- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Bangi Gateway
Alhamdulillah. FULL HOUSE! Selesai Bengkel Grafik Adobe Illustrator di Bangi Gateway kelmarin. Terima kasih semua yang sudi gilap kemahiran grafik dengan kami terutama yang datang jauh dari Pahang, Kedah, Melaka dan Johor. Semoga tuan/puan terus maju ke hadapan! InsyaAllah.

- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) di PPAS Shah Alam
Selesai sudah Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) kelmarin. Sambung lagi 2 minggu, 25hb untuk Bengkel Advanced Photoshop. Seat ada lagi kosong. Berminat, sila pm kami.
Tak kira anda mahasiswa, usahawan, lepasan ijazah atau bekerja dalam apa jua bidang, atau nak belajar sekadar hobi, atau isi masa lapang kami sedia membantu.

- Published in Berita & Aktiviti











