Messenger Room Kini Di WhatsApp
Akhirnya, semua trio aplikasi milik Facebook dikuasakan dengan Messenger Room. Menariknya berbanding semua pesaing yang lain, WhatsApp, Facebook dan Instagram mempunyai pengguna yang tersendiri.

Dengan adanya fungsi Messenger Room anda boleh berkomunikasi secara “video call” rentas platform WhatsApp – Instagram – Facebook.
Fungsi ini telah dikuasakan dalam WhatsApp yang mula dikemaskini semalam untuk pengguna di seluruh dunia. Anda boleh gunakan sama ada dalam versi telefon pintar anda, di aplikasi PC mahupun WhatsApp Web.

Cara Menggunakan WhatsApp Messenger Room
Langkah 1: Buka WhatsApp (web/PC/Android/iOS), tekan butang panggilan video
Langkah 2: Klik “Create Room”
Langkah 3: Pilih “Continue in Messenger”. Anda akan dibawa ke aplikasi Messenger atau di aplikasi pelayar web anda kerana WhatsApp dan Messenger adalah dua aplikasi yang berbeza.
Langkah 4: Klik “Send Link on WhatsApp”untuk ke WhatsApp
Langkah 5: Pilih kontak atau WhatsApp Group untuk anda kongsikan pautan Messenger Room anda. Anda boleh menstrukturkan semula ayat untuk jemputan anda.
Langkah 6: Tekan butang “Send”
Pengguna boleh memasuki Room anda sebagai “Creator” atau “Guest”.
Anda juga boleh kongsikan (Share) ke pelbagai aplikasi lain selain WhatsApp – Instagram – Facebook dengan syarat, bila nak gunakan mesti pakai Messenger juga.
SELAMAT MENCUBA!
Tarbiyyah Kreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Latihan Digital
Messenger Rooms Rentas Platform
DAH CUBA MESSENGER ROOMS?
Ya, Messenger Rooms akhirnya sudah boleh digunakan. Rooms berfungsi untuk group video calls sehingga 50 orang. Rooms penting untuk kegunaan harian dalam kondisi sekarang setelah ramai warganet menggunakan platform pendahulu Facebook; Zoom, Hangout Meets dan Teams. Seperti aplikasi lain, ia juga menyokong fungsi ‘Screen Share’.
MESSENGER ROOMS DI FB & IG

Menariknya, seperti kami maklumkan sebelum ini, Messenger Rooms boleh guna rentas platform! Anda boleh ‘join group’ dengan log masuk menggunakan FB, IG atau melalui aplikasi Messenger dengan menggunakan nombor telefon bimbit anda. Cubalah di IG dan FB anda!
Malah, akan datang, kawan anda dari WhatsApp juga boleh sertai panggilan video tersebut.
Selain aplikasi telefon di platform Android dan iOS, Messenger turut menawarkan aplikasi untuk versi PC di App Store dan Microsoft Store. Anda boleh gunakan Messenger tanpa perlu melalui aplikasi pelayar web.
DAH LIHAT FACEBOOK PORTAL?
Portal belum dijual secara rasmi di Malaysia. Tetapi, beberapa kedai online dalam platform Shopee sudah menjualnya. Portal memberi kemudahan panggilan video melalui tv atau gadget ringkasnya, tanpa perlu anda bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. Mudah untuk menghubungi anak kecil atau nenek anda di kampung.
Di Amerika, Facebook bukan sahaja menyokong e-commerce, malah turut menawarkan pembayaran secara PayPal dan e-payment yang tersendiri di Facebook dan WhatsApp.
Fungsi e-payment kini telah melebarkan sayap ke Brazil. Setakat ini, belum ada sebarang maklumat rasmi berkaitan penawaran perkhidmatan ini di Asia Pasifik yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada pemain sedia ada di negara ini; GrabPay, M2UPay, Boost dan TnGo e-Wallet.
Izzuddin Ismail
Tarbiyyah Kreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Latihan Digital
Aplikasi Pilihan Untuk Mesyuarat ‘Online’ Anda Ketika PKP
Masih mencari apakah aplikasi yang sesuai untuk mesyuarat syarikat anda secara atas talian? Nak yang percuma? Murah? Rentas platform iOS dan Android? Mudah digunakan? Ringan? Dan mungkin jarang digunakan atau sementara sahaja.

Tidak perlu tergesa-gesa untuk melanggan aplikasi berbayar. Kami kongsikan di sini sedikit maklumat aplikasi yang sebenarnya telah sedia ada di sekeliling anda, malah PERCUMA untuk perbandingan, pertimbangan dan anda gunakan selepas ini.
1. GOOGLE HANGOUTS MEET (Android / Windows / iOS / MacOS)
Jika anda pengguna G Suite, lebih baik anda terus menggunakan Google Hangouts Meet kerana ia termasuk aplikasi dalam pakej tersebut. Ia boleh menampung sesi konferensi sehingga 250 pada satu masa. Manakala, bagi pengguna Google biasa (akaun percuma), anda boleh menggunakan Google Hangouts untuk sesi mesyuarat sehingga 10 orang pada satu masa. Aplikasi ini sangat mudah, ringkas dan diintegrasi terus dengan Google Contacts dan Calendar anda. Anda boleh terus set mesyuarat dalam Calendar dan jemput rakan anda dari Contacts sedia ada.
2. SKYPE (Android / Windows / iOS / MacOS)
Ia adalah aplikasi yang sangat popular selepas kegemilangan Yahoo! Messenger suatu ketika dahulu. Bagi pengguna Windows, anda boleh menggunakan aplikasi ini yang telah sedia ada dalam komputer anda kerana ia juga milik Microsoft. Skype boleh menampung sehingga 50 orang panggilan video pada satu masa. Sama seperti aplikasi Hangouts yang rentas platform, Hangouts dan Skype juga boleh digunakan secara online di web.
3. WORKPLACE BY FACEBOOK (Android / Windows / iOS / MacOS)
Paparan Workplace seperti Facebook, memudahkan anda menggunakannya. Jangan risau. Workplace seperti Instagram dan WhatsApp dibina secara berasingan tanpa mengganggu akaun Facebook peribadi anda. Tidak seperti G Suite yang dilihat berasingan, Workplace menawarkan fungsi Group, Chat dan Video Call pada satu laman yang sama. Bagi sesi panggilan video atau konferens, ia mampu menampung sehingga 50 orang pada satu masa. Ia juga boleh diintegrasi dengan Cloud storan simpanan anda (Google Drive, OneDrive, Box, Dropbox dan lain-lain) Cukup untuk anda bekerja dari rumah atau secara ‘remote’!
4. Microsoft Teams (Android / Windows / iOS / MacOS)
Bagi pelanggan sedia ada Microsoft 365 for Business, Microsoft Teams telah termasuk dalam pakej. Bagi anda yang ingin menjadi pelanggan baru, anda boleh gunakan secara PERCUMA di musim PKP Covid-19 ini.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di laman Microsoft setelah anda mendaftar atau anda boleh gunakan secara atas talian melalui pelayar internet (Web Browser) sahaja.
Selain ‘chatting’ dan mesyuarat secara audio, Microsoft Teams turut menyokong sesi konferens video atau panggilan video sehingga 250 orang dan webinar atau ‘online event’ sehingga 10,000 penyertaan dari dalam mahupu luar organisasi anda.
5. FACETIME (iOS / MacOS)
Bagi pengguna Apple, anda boleh gunakan aplikasi sedia anda dan percuma dalam iPhone, iPad atau Mac anda, FaceTime. Ia sangat mudah dan ringkas. FaceTime mampu menampung sehingga 32 orang bagi sesi panggilan video. Namun, kelihatan sedikit tidak formal dan lebih sesuai untuk penggunaan peribadi atau keluarga.
6. SNAPCHAT (Android / Windows / iOS / MacOS)
Anda juga boleh menggunakan SnapChat juga sebagai alternatif. Ia mampu menampung sehingga 16 orang secara panggilan video pada satu masa manakala, bagi “Group call” secara audio boleh menampung sehingga 32 orang.
7. WHATSAPP (Android / Windows / iOS / MacOS)
Atau juga ingin santai dan hanya perlukan untuk kumpulan kecil 2 hingga 4 orang, anda boleh sekadar menggunakan aplikasi WhatsApp.
Isu Sekuriti Aplikasi ZOOM
Jangan gunakan aplikasi ZOOM walaupun ia agak popular ketika tempoh PKP ini. Ramai yang mencuba. Bagi akaun percuma ia mampu menampung sehingga 50 orang pada satu masa. Tetapi, hanya terhad sehingga 40 minit sahaja untuk mesyuarat berlangsung. Anda boleh menjadualkan mesyuarat dengan mudah tetapi proses untuk permulaan mungkin agak janggal dan rumit. Kelebihannya, ia mempunyai fungsi webinar. Selain ZOOM, anda mungkin temui aplikasi sepertinya (GoToMeeting, WebEx dan Join.Me) yang lebih sesuai dan khusus untuk mesyuarat atau sesi konferens namun sangat terbatas bagi akaun percuma dan berbayar untuk fungsi sepenuhnya berbanding aplikasi lain di atas.
Kami juga lebih suka aplikasi sedia ada dalam telefon dan laptop anda seperti Hangouts, Skype, Microsoft Team dan Workplace. Zoom bukan sahaja lebih mahal dan rumit, malah berlaku isu sekuriti dan kebocoran data beberapa hari lalu. Ia tidak kukuh dan tidak selamat.
ZOOM mengalami overnight success. Naik secara tiba-tiba ketika musim PKP di seluruh dunia dengan sistem sekuriti yang belum kukuh menyebabkan scammer dan hackers berjaya sakan.
Oleh: Izzuddin Ismail @ Tarbiyyah Kreatif – Grafik & Multimedia
www.tarbiyyahkreatif.com
#covid19
#dudukrumah
#stayathome
#workfromhome
#tarbiyyahkreatif
- Published in Latihan Digital




