Messenger Room Kini Di WhatsApp
Akhirnya, semua trio aplikasi milik Facebook dikuasakan dengan Messenger Room. Menariknya berbanding semua pesaing yang lain, WhatsApp, Facebook dan Instagram mempunyai pengguna yang tersendiri.

Dengan adanya fungsi Messenger Room anda boleh berkomunikasi secara “video call” rentas platform WhatsApp – Instagram – Facebook.
Fungsi ini telah dikuasakan dalam WhatsApp yang mula dikemaskini semalam untuk pengguna di seluruh dunia. Anda boleh gunakan sama ada dalam versi telefon pintar anda, di aplikasi PC mahupun WhatsApp Web.

Cara Menggunakan WhatsApp Messenger Room
Langkah 1: Buka WhatsApp (web/PC/Android/iOS), tekan butang panggilan video
Langkah 2: Klik “Create Room”
Langkah 3: Pilih “Continue in Messenger”. Anda akan dibawa ke aplikasi Messenger atau di aplikasi pelayar web anda kerana WhatsApp dan Messenger adalah dua aplikasi yang berbeza.
Langkah 4: Klik “Send Link on WhatsApp”untuk ke WhatsApp
Langkah 5: Pilih kontak atau WhatsApp Group untuk anda kongsikan pautan Messenger Room anda. Anda boleh menstrukturkan semula ayat untuk jemputan anda.
Langkah 6: Tekan butang “Send”
Pengguna boleh memasuki Room anda sebagai “Creator” atau “Guest”.
Anda juga boleh kongsikan (Share) ke pelbagai aplikasi lain selain WhatsApp – Instagram – Facebook dengan syarat, bila nak gunakan mesti pakai Messenger juga.
SELAMAT MENCUBA!
Tarbiyyah Kreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Latihan Digital
Messenger Rooms Rentas Platform
DAH CUBA MESSENGER ROOMS?
Ya, Messenger Rooms akhirnya sudah boleh digunakan. Rooms berfungsi untuk group video calls sehingga 50 orang. Rooms penting untuk kegunaan harian dalam kondisi sekarang setelah ramai warganet menggunakan platform pendahulu Facebook; Zoom, Hangout Meets dan Teams. Seperti aplikasi lain, ia juga menyokong fungsi ‘Screen Share’.
MESSENGER ROOMS DI FB & IG

Menariknya, seperti kami maklumkan sebelum ini, Messenger Rooms boleh guna rentas platform! Anda boleh ‘join group’ dengan log masuk menggunakan FB, IG atau melalui aplikasi Messenger dengan menggunakan nombor telefon bimbit anda. Cubalah di IG dan FB anda!
Malah, akan datang, kawan anda dari WhatsApp juga boleh sertai panggilan video tersebut.
Selain aplikasi telefon di platform Android dan iOS, Messenger turut menawarkan aplikasi untuk versi PC di App Store dan Microsoft Store. Anda boleh gunakan Messenger tanpa perlu melalui aplikasi pelayar web.
DAH LIHAT FACEBOOK PORTAL?
Portal belum dijual secara rasmi di Malaysia. Tetapi, beberapa kedai online dalam platform Shopee sudah menjualnya. Portal memberi kemudahan panggilan video melalui tv atau gadget ringkasnya, tanpa perlu anda bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. Mudah untuk menghubungi anak kecil atau nenek anda di kampung.
Di Amerika, Facebook bukan sahaja menyokong e-commerce, malah turut menawarkan pembayaran secara PayPal dan e-payment yang tersendiri di Facebook dan WhatsApp.
Fungsi e-payment kini telah melebarkan sayap ke Brazil. Setakat ini, belum ada sebarang maklumat rasmi berkaitan penawaran perkhidmatan ini di Asia Pasifik yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada pemain sedia ada di negara ini; GrabPay, M2UPay, Boost dan TnGo e-Wallet.
Izzuddin Ismail
Tarbiyyah Kreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Latihan Digital
Aplikasi Pilihan Untuk Mesyuarat ‘Online’ Anda Ketika PKP
Masih mencari apakah aplikasi yang sesuai untuk mesyuarat syarikat anda secara atas talian? Nak yang percuma? Murah? Rentas platform iOS dan Android? Mudah digunakan? Ringan? Dan mungkin jarang digunakan atau sementara sahaja.

Tidak perlu tergesa-gesa untuk melanggan aplikasi berbayar. Kami kongsikan di sini sedikit maklumat aplikasi yang sebenarnya telah sedia ada di sekeliling anda, malah PERCUMA untuk perbandingan, pertimbangan dan anda gunakan selepas ini.
1. GOOGLE HANGOUTS MEET (Android / Windows / iOS / MacOS)
Jika anda pengguna G Suite, lebih baik anda terus menggunakan Google Hangouts Meet kerana ia termasuk aplikasi dalam pakej tersebut. Ia boleh menampung sesi konferensi sehingga 250 pada satu masa. Manakala, bagi pengguna Google biasa (akaun percuma), anda boleh menggunakan Google Hangouts untuk sesi mesyuarat sehingga 10 orang pada satu masa. Aplikasi ini sangat mudah, ringkas dan diintegrasi terus dengan Google Contacts dan Calendar anda. Anda boleh terus set mesyuarat dalam Calendar dan jemput rakan anda dari Contacts sedia ada.
2. SKYPE (Android / Windows / iOS / MacOS)
Ia adalah aplikasi yang sangat popular selepas kegemilangan Yahoo! Messenger suatu ketika dahulu. Bagi pengguna Windows, anda boleh menggunakan aplikasi ini yang telah sedia ada dalam komputer anda kerana ia juga milik Microsoft. Skype boleh menampung sehingga 50 orang panggilan video pada satu masa. Sama seperti aplikasi Hangouts yang rentas platform, Hangouts dan Skype juga boleh digunakan secara online di web.
3. WORKPLACE BY FACEBOOK (Android / Windows / iOS / MacOS)
Paparan Workplace seperti Facebook, memudahkan anda menggunakannya. Jangan risau. Workplace seperti Instagram dan WhatsApp dibina secara berasingan tanpa mengganggu akaun Facebook peribadi anda. Tidak seperti G Suite yang dilihat berasingan, Workplace menawarkan fungsi Group, Chat dan Video Call pada satu laman yang sama. Bagi sesi panggilan video atau konferens, ia mampu menampung sehingga 50 orang pada satu masa. Ia juga boleh diintegrasi dengan Cloud storan simpanan anda (Google Drive, OneDrive, Box, Dropbox dan lain-lain) Cukup untuk anda bekerja dari rumah atau secara ‘remote’!
4. Microsoft Teams (Android / Windows / iOS / MacOS)
Bagi pelanggan sedia ada Microsoft 365 for Business, Microsoft Teams telah termasuk dalam pakej. Bagi anda yang ingin menjadi pelanggan baru, anda boleh gunakan secara PERCUMA di musim PKP Covid-19 ini.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di laman Microsoft setelah anda mendaftar atau anda boleh gunakan secara atas talian melalui pelayar internet (Web Browser) sahaja.
Selain ‘chatting’ dan mesyuarat secara audio, Microsoft Teams turut menyokong sesi konferens video atau panggilan video sehingga 250 orang dan webinar atau ‘online event’ sehingga 10,000 penyertaan dari dalam mahupu luar organisasi anda.
5. FACETIME (iOS / MacOS)
Bagi pengguna Apple, anda boleh gunakan aplikasi sedia anda dan percuma dalam iPhone, iPad atau Mac anda, FaceTime. Ia sangat mudah dan ringkas. FaceTime mampu menampung sehingga 32 orang bagi sesi panggilan video. Namun, kelihatan sedikit tidak formal dan lebih sesuai untuk penggunaan peribadi atau keluarga.
6. SNAPCHAT (Android / Windows / iOS / MacOS)
Anda juga boleh menggunakan SnapChat juga sebagai alternatif. Ia mampu menampung sehingga 16 orang secara panggilan video pada satu masa manakala, bagi “Group call” secara audio boleh menampung sehingga 32 orang.
7. WHATSAPP (Android / Windows / iOS / MacOS)
Atau juga ingin santai dan hanya perlukan untuk kumpulan kecil 2 hingga 4 orang, anda boleh sekadar menggunakan aplikasi WhatsApp.
Isu Sekuriti Aplikasi ZOOM
Jangan gunakan aplikasi ZOOM walaupun ia agak popular ketika tempoh PKP ini. Ramai yang mencuba. Bagi akaun percuma ia mampu menampung sehingga 50 orang pada satu masa. Tetapi, hanya terhad sehingga 40 minit sahaja untuk mesyuarat berlangsung. Anda boleh menjadualkan mesyuarat dengan mudah tetapi proses untuk permulaan mungkin agak janggal dan rumit. Kelebihannya, ia mempunyai fungsi webinar. Selain ZOOM, anda mungkin temui aplikasi sepertinya (GoToMeeting, WebEx dan Join.Me) yang lebih sesuai dan khusus untuk mesyuarat atau sesi konferens namun sangat terbatas bagi akaun percuma dan berbayar untuk fungsi sepenuhnya berbanding aplikasi lain di atas.
Kami juga lebih suka aplikasi sedia ada dalam telefon dan laptop anda seperti Hangouts, Skype, Microsoft Team dan Workplace. Zoom bukan sahaja lebih mahal dan rumit, malah berlaku isu sekuriti dan kebocoran data beberapa hari lalu. Ia tidak kukuh dan tidak selamat.
ZOOM mengalami overnight success. Naik secara tiba-tiba ketika musim PKP di seluruh dunia dengan sistem sekuriti yang belum kukuh menyebabkan scammer dan hackers berjaya sakan.
Oleh: Izzuddin Ismail @ Tarbiyyah Kreatif – Grafik & Multimedia
www.tarbiyyahkreatif.com
#covid19
#dudukrumah
#stayathome
#workfromhome
#tarbiyyahkreatif
- Published in Latihan Digital
Apps Apa Bagus Untuk Edit Video Dengan Smartphone?
Hari ni kami nak share pasal aplikasi video editing untuk mobile phone.

1. KineMaster – iOS, Android
Aplikasi percuma ni sangat popular di kalangan netizen di Malaysia. Sampai artis-artis, Youtuber, Instafamous pun pakai. Sangat simple. Sekadarnya. Nak viral, konten kena bagus atau buat orang meluat. Baru jadi. VivaVideo adalah pesaing utama. Fungsi yang sama.
2. FilmoraGo – iOS, Android, (Filmora for Mac, Windows)
Kalau pelajar kampus atau remaja yang terdedah kepada software video editing, diorang lebih suka FilmoraGo. Features yang lengkap.UI/UX yang bagus. Mudah dikendalikan.
3. Magisto – iOS, Android
Pesaing rapat FilmoraGo. Fungsi yang hampir sama. Sangat mudah walaupun seorang amatur dan sangat selesa digunakan dalam henfon (UI/UX terbaik!)
4. PowerDirector – Android, Windows
Dalam 5 tahun lalu, apps ni paling popular untuk henfon. Tapi sekarang tidak lagi. Fungsinya lengkap. Lebih kurang sama macam kat PC. Tapi UI/UX seperti versi PC ni kurang sesuai untuk henfon. Orang pakai henfon nak cepat dan mudah. So, rupanya kena ubah. Kalau pakai tab lebih selesa.
5. Adobe Premiere Rush – Android, iOS
Nama je Adobe mesti best kan… Hi-End. Yup! Mudah. Boleh integrate dengan versi PC Adobe Premiere Pro untuk MacOS dan WIndows. Tapi nak pakai full version kena beli. RM47 sebulan bai… Bukan selama-lamanya… Lagi Yahudi, tak termasuk Adobe Premiere Pro.
6. Adobe Spark – iOS, Android, online (Windows, MacOS)
Nak FREE pakai yang ni. Boleh buat design untuk post (Adobe Spark Post) dan video (Adobe Spark Video). Boleh buat kat PC juga secara online. Macam Canva. Tapi yang ni ada watermark… haha~ kalau nak yang Premium atau full version, sama macam Rush juga. RM47 sebulan!
7. Quik – iOS, Android
Dibangunkan oleh GoPro. Ada GoPro lagi best. Tapi boleh je dari henfon korang pun. Mudah dan FREE.
Nak tau lebih lanjut, mana yang best, kurang best, murah, mahal, Senang guna? Sertai Bengkel Video Editing Smartphone 15 Mac ini di Tarbiyyah Kreatif – Grafik & Multimedia Kuala Terengganu.
- Published in Video & Multimedia
Taqwim Bengkel Grafik 2020 (Jan-Mei)
Bismillah… Kami umumkan di sini jadual latihan grafik & multimedia di Terengganu yang telah ada dalam perancangan kami. Selain penyertaan, kami juga membuka ruang kerjasama bagi pihak yang berminat. 😊
Persijilan Grafik & Multimedia – Adobe Ai, Ps & Ae akan bermula 18 Januari – 4 April.
Usrah Grafik bersama sahabat-sahabat designers dan Youtubers insyaAllah akan bermula pada 4 Februari 2020. Sesi berkongsi dan santai ilmu grafik, multimedia dan teknologi ICT sekitar 1-2 jam sahaja.
Modul BARU istimewa buat para usahawan dan mereka yang sentiasa sibuk… Anda boleh hadiri bengkel Reka Grafik Pakai Smartphone dan Reka Grafik Pakai Powerpoint. Mudah untuk anda kendalikan media sosial anda nanti.
Ingin lebih JIMAT untuk perbelanjaan pengurusan pejabat anda? Risau lesen Microsoft Office yang mahal? Jom bertukar ke platform Google. Transform to Google. G Suite memiliki pelbagai keistimewaan seperti GMail, Google Docs, Sheets, Slide, Form, Trends, Search dll. secara online atau offline. Malah, lebih mesra pengguna tab dan telefon pintar.
ISTIMEWA Cuti Sekolah Mac nanti, kami bawakan bengkel Lukisan Grafik Pakai Tab. Terbuka kepada remaja, mahasiswa dan dewasa.
Kami akan buka sesi COACHING bersama trainer dalam kumpulan kecil (2-6 orang) pada bulan 2 agar tidak mengecewakan mereka yang tertunggu-tunggu next coaching session.
Bulan Mac kami teruskan seperti biasa Bengkel Grafik Asas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dan peringkat Advanced dijangka selepas Aidilfitri.
Ramadhan kali ini kami akan adakan Bengkel TEKNODU’AT: Cabaran 100 Design Dakwah di Terengganu, Kelantan dan Selangor. InsyaAllah.
InsyaAllah, kami juga akan menampilkan beberapa orang Associate Trainer untuk bersama melatih para peserta nanti.
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Asas Illustrator Istimewa Ramadhan
25 Mei 2019
9.00 pagi – 4.00 petang
Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Kuala Terengganu
“Nak design flyers, buku, box dan macam-macam… Tapi kedai printing minta file Ai… Tak reti la…”
ISTIMEWA RAMADHAN: FREE PREMIUM DESIGN
Kad raya, Sampul Duit Raya dll
—————————-
KANDUNGAN BENGKEL
—————————-
– Pengenalan Adobe Illustrator
– Fahami grafik/lukisan vektor
– Kenali Artboard / Multiple Artboard
– Melukis dengan Shape Tools / Pathfinder / Pencil,
Paintbrush dll.
– Asas mewarna dengan Gradient Tool & Panel
– Live Paint Bucket Tool
– Live Trace
– Type Tool – Teks dan Perenggan
– Rekabentuk Layout Grafik
– Typography
– TIPS & TRICKS
– TREND 2019
NOTA & TEMPLATES disediakan!
TERBUKA kepada pelajar sekolah, kolej dan IPT, peniaga online, peminat seni reka grafik, pekerja bidang reka grafik, pengguna Illustrator dan sesiapa saja yang berminat.
—————-
TRAINER:
—————-
Tarbiyyah Kreatif Consultancy. Kami telah berpengalaman mengadakan kursus grafik di IPTA/S, institusi kerajaan dan swasta di seluruh negara!
Dibimbing oleh Tuan Izzuddin Ismail, berpengalaman sebagai graphic designer dan trainer sejak 2010.
Pernah menjadi Tutor Industri di UiTM Jasin, Melaka dan UniKL BMI danPensyarah Pelawat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
——————-
PENDAFTARAN:
——————-
Yuran: RM300.00 ?
BUKAN! Hanya RM 100.00 seorang.
Promosi lagi RM270 untuk 3 orang.
Tempat terhad 30 orang sahaja! Ayuh!
———————–
PENDAFTARAN:
———————–
Hanya lengkapkan borang pendaftaran di https://forms.gle/VBUbVzgnzAKnH2Yv8
Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, SMS atau WhatsApp “ILLUS” ke:
www.wasap.my/60175658397
www.wasap.my/60105758397
Pembayaran hendahkan dibuat sebelum program bagi pengesahkan penyertaan anda.
——————————-
KAEDAH PEMBAYARAN:
——————————-
Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun
Maybank Islamic: 5628 3463 2332
TARBIYYAH KREATIF CONSULTANCY
Hantarkan imej resit transaksi / slip pembayaran melalui WhatsApp:
www.wasap.my/60175658397
www.wasap.my/60105758397
atau email kepada izzuddin[at]tarbiyyahkreatif[dot]com beserta nama dan no telefon anda.
Sudi-sudikan SHARE dan SEBARKAN kepada rakan-rakan anda.
———————————
MAKLUMAN UNTUK PESERTA
———————————
Sila bawa laptop sendiri (kursus JIMAT ini jauh lebih MURAH berbanding pakej-pakej di luar) dan install Adobe Illustrator sebelum hadir ke bengkel (Recommended: CS6 to CC 2019).
– Nota hardcopy disediakan.
– Softcopy templates juga akan dibekalkan semasa program.
– Sijil disediakan.
———————————
Layari www.tarbiyyahkreatif.com untuk maklumat lanjut mengenai kami.

- Published in Berita & Aktiviti
- 1
- 2












