Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) di PPAS Shah Alam
Selesai sudah Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) kelmarin. Sambung lagi 2 minggu, 25hb untuk Bengkel Advanced Photoshop. Seat ada lagi kosong. Berminat, sila pm kami.
Tak kira anda mahasiswa, usahawan, lepasan ijazah atau bekerja dalam apa jua bidang, atau nak belajar sekadar hobi, atau isi masa lapang kami sedia membantu.

- Published in Berita & Aktiviti
Menuju ke Alam Lensa bersama Mahasiswa UPSI
Alhamdulillah, hebat mahasiswa UPSI. Bengkel khusus photo editing menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan video editing menggunakan Adobe After Effects ini sangat mengujakan. Ada di kalangan mahasiswa Sains Komputer turut hadir. Pelajar Muslim dan Non-Muslim tak kekok untuk sertai, belajar bersama kami untuk kuasai dua perisian ini di Bilik Seminar Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dan… Setiap kali program di UPSI, jumlah peserta mencecah 100 orang! Penat tapi bersemangat dan seronok bila ramai-ramai macam ni. TAHNIAH penganjur, Al-Mursyidin Club!
Semoga bermanfaat!

- Published in Berita & Aktiviti



