Bagaimana AI Boleh Membantu Content Creator dan Marketer?
Pada era digital yang pesat berkembang, artificial intelligence (AI) telah menjadi alat penting bagi pencipta kandungan (content creator) dan pemasar (marketer). Teknologi ini menawarkan pelbagai penyelesaian untuk meningkatkan kreativiti, kecekapan, dan keberkesanan strategi pemasaran. Berikut adalah beberapa cara AI dapat membantu dalam bidang ini:
1. Penjanaan Kandungan Automatik (Automated Content Generation)
AI mampu menghasilkan kandungan seperti artikel, pos media sosial, dan penerangan produk dengan efisien. Alat seperti Copymatic menggunakan AI untuk mencipta pelbagai jenis kandungan, menjimatkan masa sambil mengekalkan kualiti.
2. Pengoptimuman Kandungan (Content Optimization)
Dengan analitik yang didorong oleh AI, perniagaan dapat mengenal pasti jenis kandungan yang paling berkesan dan masa terbaik untuk menyiarkannya. Alat seperti Grammarly dan Copy.ai membantu dalam mencipta kandungan yang lebih baik dan relevan.
3. Personalisasi Pengalaman Pengguna (Personalized User Experience)
AI menganalisis data pengguna untuk menawarkan pengalaman yang disesuaikan, meningkatkan kepuasan dan keterlibatan pelanggan seperti AI Dynamic Yield. Contohnya, pencarian imej AI dapat mengesyorkan imej yang sesuai dengan keutamaan individu, menjadikan kandungan lebih menarik.
4. Analisis Data dan Wawasan Ramalan (Data Analysis and Predictive Insights)

AI membantu dalam menganalisis data besar untuk memberikan insights tentang tingkah laku pengguna, membolehkan marketer membuat keputusan yang lebih bijak. Ini termasuk meramalkan trend dan keperluan pelanggan di masa hadapan. Contoh AI, Google Analytics 4 (GA4).
5. Automasi Tugas Rutin (Automation of Routine Tasks)
AI dapat mengautomasikan tugas seperti penjadualan pos, analisis data, dan pengurusan kempen, membolehkan marketer fokus pada strategi dan kreativiti. Contohnya, HubSpot Marketing Hub.
6. Pematuhan Hak Cipta (Copyright Compliance)

Alat pencarian imej AI membantu content creators dan penerbit memastikan pematuhan hak cipta dengan mengenal pasti imej dengan lesen dan hak penggunaan yang betul. Contoh AI, TinEye.
7. Peningkatan Kecekapan Pemasaran Digital (Improved Digital Marketing Efficiency)
AI dapat meningkatkan keberkesanan proses pemasaran dengan menganalisis data dan memberikan cerapan (insights) tentang tingkah laku pengguna, yang boleh membantu perniagaan membuat keputusan yang lebih bijak tentang strategi pemasaran mereka. Contoh AI, Persado.
Dengan memanfaatkan AI, content creator dan marketer dapat meningkatkan produktiviti, kreativiti, dan keberkesanan strategi mereka, memastikan mereka kekal relevan dalam persekitaran digital yang kompetitif.
Rujukan
- AI2People. (2023). Penjana Kandungan AI Terbaik (Percuma dan Berbayar). Diperoleh daripada ai2people.com
- Fairuz Razak. (2024). Cara menggunakan Teknologi AI (Artificial Intelligence) dalam pemasaran. Diperoleh daripada fairuzrazak.my
- Lenso AI. (2024). Industri Penciptaan Kandungan dan Pencarian Imej AI – Bagaimana Untuk Memulakannya. Diperoleh daripada lenso.ai
- State of Digital Publishing. (2018). Bagaimana Analitis Dengan AI Boleh membantu Penerbit dan Pemasar Kandungan. Diperoleh daripada stateofdigitalpublishing.com
- AI2People. (2023). 8 Penggunaan AI dalam Pemasaran Digital – Apakah Kebaikan dan Keburukan?. Diperoleh daripada ai2people.com
- Published in AI Kreatif
10 Tools Rahsia di Canva yang Ramai Tak Tahu
Canva bukan sekadar platform reka bentuk biasa. Terdapat banyak alat tersembunyi yang boleh meningkatkan produktiviti dan kreativiti anda. Berikut adalah 10 tools rahsia yang mungkin anda belum tahu:
- Background Remover
- Keluarkan latar belakang gambar secara automatik (Canva Pro).
- Sangat berguna untuk mencipta imej produk tanpa latar belakang.
- Magic Write
- Penjana teks automatik menggunakan kecerdasan buatan (AI).
- Membantu menghasilkan salinan pemasaran atau idea kandungan dalam masa singkat.

- Smart Mockups
- Masukkan reka bentuk ke dalam mockup seperti baju, buku, dan skrin digital.
- Membantu memaparkan reka bentuk secara realistik dalam pelbagai format produk.

- QR Code Generator
- Hasilkan kod QR secara terus di Canva.
- Sesuai untuk pautan ke laman web, portfolio, atau promosi digital.
- Chart Maker
- Buat carta interaktif untuk data anda.
- Membantu visualisasi data dalam pembentangan dan laporan.
- Content Planner
- Jadualkan dan kongsi reka bentuk terus ke media sosial.
- Mengurus kempen media sosial dengan mudah dan teratur.

- Text Effects
- Tambah bayang, neon glow, dan efek teks lain.
- Meningkatkan daya tarikan visual teks dalam reka bentuk.
- Animation Tools
- Animasi peralihan antara slaid atau objek.
- Menjadikan reka bentuk lebih dinamik untuk video atau pembentangan.

- Collaboration Feature
- Kongsi dan edit reka bentuk bersama pasukan.
- Memudahkan kerja berkumpulan secara real-time.
- Magic Resize
- Tukar saiz reka bentuk dengan satu klik untuk pelbagai platform.
- Menyesuaikan reka bentuk untuk media sosial, cetakan, atau laman web dengan mudah.
Rujukan:
- Published in Reka Bentuk
Canva Free vs Canva Pro: Perbezaan dan Kelebihan yang Perlu Anda Tahu
Apa Itu Canva Free? Canva Free ialah pelan percuma yang membolehkan pengguna membuat reka bentuk asas. Ia sesuai untuk individu atau perniagaan kecil yang memerlukan alat reka bentuk mudah dan pantas.
Apa Itu Canva Pro? Canva Pro ialah versi berbayar dengan ciri-ciri lanjutan yang sesuai untuk profesional dan perniagaan. Ia menawarkan lebih banyak kawalan, fleksibiliti, dan automasi dalam reka bentuk seperti:
- Magic Resize untuk automasi saiz
- Brand Kit untuk konsistensi jenama
- Pustaka premium dengan lebih 100 juta gambar, video, dan grafik
Perbandingan Canva Free vs Canva Pro
| Ciri | Canva Free | Canva Pro |
|---|---|---|
| Akses Template | 250,000+ (terhad) | 610,000+ (premium) |
| Magic Resize | Tidak tersedia | Ya |
| Muat Naik Font | Tidak tersedia | Ya |
| Penyimpanan Awan | 5 GB | 1 TB |
| Harga | Percuma | $12.99/bulan atau $119.99/tahun |
Kelebihan Canva Pro untuk Perniagaan
- Jimat masa dengan automasi reka bentuk.
- Penjenamaan konsisten menggunakan Brand Kit.
- Kolaborasi mudah dengan pasukan dalam talian.
Rujukan:
- Published in Reka Bentuk
5 AI Tools Terbaik untuk Designer Grafik di Tahun 2025
Pada tahun 2025, teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan yang ketara dalam industri reka bentuk grafik. Pelbagai alat berasaskan AI telah dibangunkan untuk membantu pereka bentuk(designer) meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka. Berikut adalah lima alat AI terbaik yang wajar dipertimbangkan oleh pereka grafik:
1. Adobe Sensei
Adobe Sensei ialah teknologi AI yang diintegrasikan dalam ekosistem Adobe, seperti Photoshop, Illustrator dan Premiere Pro. Teknologi ini direka untuk meningkatkan kecekapan proses kreatif dengan ciri pintar seperti pemilihan objek automatik, penyingkiran latar belakang secara serta-merta, serta penyuntingan berasaskan kandungan yang lebih tepat. Dengan bantuan Adobe Sensei, pereka(designer) dapat menyelesaikan tugas yang sebelum ini memerlukan banyak langkah hanya dalam masa yang singkat.
2. Canva Pro(Magic Resize)
Canva Pro ialah platform reka bentuk berasaskan awan(Cloud) yang sangat popular, terutama dalam kalangan pereka grafik pemula dan pengguna bukan teknikal. Salah satu ciri utamanya, Magic Resize, menggunakan teknologi AI untuk menyesuaikan saiz reka bentuk secara automatik agar sesuai dengan pelbagai platform, seperti media sosial, sepanduk(banner) atau cetakan. Dengan ciri ini, pengguna tidak perlu lagi mencipta semula reka bentuk dari awal untuk pelbagai saiz yang berbeza.
3. Midjourney
Midjourney ialah platform AI yang direka khas untuk menghasilkan seni visual yang kompleks dan berkualiti tinggi. Dengan hanya menggunakan arahan teks yang ringkas, pengguna boleh mencipta imej yang sangat terperinci dalam masa yang singkat. Midjourney membolehkan pengguna menghasilkan empat variasi imej daripada satu arahan teks, memberikan fleksibiliti tinggi kepada pereka yang ingin bereksperimen dengan pelbagai konsep visual.
4. DALL·E 3
DALL·E 3 ialah versi terkini platform DALL·E yang dibangunkan oleh OpenAI. Platform ini direka untuk membolehkan pengguna mencipta imej berkualiti tinggi hanya dengan menggunakan penerangan teks. DALL·E 3 menawarkan peningkatan yang ketara berbanding versi sebelumnya, dengan ciri baharu yang lebih canggih serta hasil imej yang lebih tepat. Platform ini mampu memahami penerangan teks yang lebih kompleks dan menghasilkan imej yang lebih sesuai dengan keperluan pengguna.
5. Runway ML
Runway ML ialah platform inovatif yang membolehkan pereka meneroka dan memanfaatkan keupayaan AI dalam menghasilkan karya kreatif. Alat ini menawarkan pelbagai ciri, seperti penyuntingan video berasaskan AI, penciptaan animasi, dan seni generatif(Art generative). Dengan antara muka yang mesra pengguna, Runway ML membantu pereka mencipta hasil kerja yang unik tanpa memerlukan kepakaran teknikal yang mendalam.
Dengan menggunakan alat AI ini, pereka grafik dapat meningkatkan kecekapan kerja dan menghasilkan karya yang lebih kreatif serta inovatif. Adalah penting bagi pereka(designer) untuk sentiasa mengikuti perkembangan teknologi bagi memastikan mereka kekal bersaing dalam industri yang semakin berkembang.
Rujukan
- Asosiasi AI. (2024). 7 Tool AI terbaik untuk desainer grafis pemula dan profesional. Retrieved from https://asosiasi.ai/7-tool-ai-terbaik-untuk-desainer-grafis-pemula-dan-profesional/
- Jakarta Studio. (2024). Platform AI desain grafis terbaik 2024. Retrieved from https://www.jakartastudio.com/platform-ai-desain-grafis/
- OpenAI. (2024). DALL·E 3: Next-generation AI image generation. Retrieved from https://openai.com/dall-e
- Adobe Inc. (2024). Adobe Sensei: AI-powered creativity. Retrieved from https://www.adobe.com/sensei.html
- Runway ML. (2024). AI tools for creative professionals. Retrieved from https://runwayml.com
- Published in AI Kreatif
Tarbiah Kreatif Anjur Pertandingan Poster & Video Kreatif Canva
Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, Tarbiah Kreatif mengadakan cabaran reka grafik menggunakan aplikasi dalam talian, Canva. Pertandingan Poster dan Video Kreatif ini berdasarkan tema Hari Kebangsaan Ke-64 “Malaysia Prihatin” berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September.

Pelbagai hadiah istimewa berjumlah RM3,000 untuk dimenangi.


Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta diminta untuk menghantar poster bersaiz 1080 x 1080 px atau video berdurasi tidak melebihi 2 minit yang dihasilkan menggunakan Canva selewat-lewatnya pada 10 September 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tarbiah Kreatif, sila layari www.tarbiahkreatif.my atau di laman Facebook, Tarbiah Kreatif.
- Published in Berita & Aktiviti
PERCUMA! Kalendar Puasa 2021
Sempena tahun baru 2021 yang bakal menjelang tiba, kami di Tarbiah Kreatif ingin mengedarkan Kalendar Puasa 2021 yang beresolusi tinggi dan sedia untuk dicetak dalam saiz A2, A3 atau A4.
Klik pautan di bawah untuk muat turun pada resolusi sebenar.
Terima kasih. Semoga ia menjadi kerja amal buat kita semua, memberikan semangat, iltizam dan rujukan untuk melaksanakan ibadah puasa sunat dan wajib.
Doakan kami.
#tarbiahkreatif
#kalendarpuasa2021
- Published in Sumber & Promosi
Tukar Background di Google Meet
Inginkan privasi atau latar yang lebih menarik? Anda kini boleh ubah kepada latar virtual di Google Meet seperti juga di Skype, Zoom dan Microsoft Team.
Pilihan ini hanya tersedia bagi pengguna PC. Versi Android dan iOS masih belum ada fungsi tukar latar.

Tukar di Luar / Sebelum Talian
Pergi ke Google Meet > pilih meeting anda. Di ruang kanan bawah, klik Change Background.
Pilihan:
1. Kaburkan latar – Klik Blur your background.
2. Kabur sedikit – Klik Slightly blur your background.
3. Pilihan latar sedia ada – Klik gambar latar pilihan.
4. Muat naik latar sendiri – Klik Add “+”.
Klik “Join Now”.
P/s: Mengubah latar mungkin akan memperlahankan peranti anda.
Tukar Ketika Dalam Talian
Di sebelah kanan bawah, klik “More”. Klik “Change background”.
Anda juga mempunyai 4 pilihan seperti sebelum dalam talian.
P/s: Kamera akan dihidupkan secara automatik apabila anda klik “Change background”.
Tiada Pilihan untuk Menukar Latar?
Fungsi ini hanya wujud sekiranya anda memenuhi spesifikasi berikut:
- Chrome version M84 dan ke atas.
- Windows 64-bit sahaja.
- Enable / “on” Chrome Hardware.
- Browser yang menyokong WebGL 2.0.
- Published in Latihan Digital
Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu
Bosan template PowerPoint yang lama? Warna tak menarik? Design tak menawan? Infografik kurang mengancam? Gambar tak WOW?Nak nampak lebih profesional?MEH! Atas permintaan sahabat-sahabat, kami bawakan kembali Bengkel PowerPoint Gaya Korporat pada 31 Oktober ini di Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia Kuala Terengganu.

Anda boleh mengubah persepsi atau pandang pertama orang yang sangat BERHARGA kepada syarikat anda melalui persembahan slide korporat yang POWER!
APA YANG ANDA AKAN PEROLEHI DARIPADA BENGKEL NI?
Anda akan dibimbing bagaimana untuk menghasilkan dan menyusun infografik syarikat anda dalam slide yang sepatutnya.Anda juga akan dibekalkan contoh yang lengkap. Tinggal lagi tukar gambar dan perkataan je. Bukan hanya edit. Kami bimbing sekali macam mana nak bina dan guna template.
Anda akan dapat menghasilkan slaid, iklan infografik, video infografik korporat, siap animasi, PDF softcopy profil syarikat ready to print yang LEBIH POWER dan BERTARAF DESIGNER PROFESIONAL! InsyaAllah.
PALING BEST! Ada tips & trik macam mana nak buat animasi yang bagus, font yang sedap pandang, warna yang WOW, gambar yang best, video yang cun! Program PADAT 1 hari siap latihan yang dibimbing dan akan disiapkan dalam bengkel.
TERHAD 15 orang sahaja di musim PKP ini. Sila patuhi SOP.
Maklumat lanjut di:https://www.facebook.com/events/3432680283511943/
Daftar segera di:https://tiny.cc/pptkorporat
KLIK TERUS ye!https://tiny.cc/pptkorporat
- Published in Berita & Aktiviti
Trend Flat Design vs Realism dalam Media
Setiap tahun saya akan update trend terkini dalam grafik berdasarkan trend global. Malah, ia dijadikan slot khusus dalam setiap siri bengkel grafik Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia.
Saya pernah menulis tentang hal ni di sini:
https://staging.tarbiahkreatif.my/blog/2019/10/21/14-konsep-design-dan-trend-grafik/
Bermula 2013, dengan kepesatan kemajuan teknologi gajet dan internet, trend design telah berubah dari zaman realism (penuh efek – 3D, flares, detail texture dll) di era millennium ke flat design (solid flat color tanpa sebarang efek). Kemudian, trend semi flat antara tahun 2015-2016.
Microsoft antara yang terawal. Android menyusul. Apple yang cuba mengekalkan ciri eksklusifnya akhirnya terpaksa mengikut arus dengan mengubah design 3D kepada semi flat.Trend itu juga berkembang ke Malaysia, baik dalam media cetak, media sosial, TV, UI/UX dan OS. Termasuk juga video, presentation dan animasi infografik. Semuanya beralih. Tukar kepada flat.
Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia sejak awal dibina pada penghujung 2012 mengetengahkan konsep ringkas flat design. Kami gunakan ikon-ikon minimalis dalam karya design dakwah dan cuba ketengahkan flat design walaupun masih baru ketika itu. Beberapa siri penerangan isu semasa juga kami diterbitkan dalam bentuk infografik flat design. Kemudian, buku Nota Grafik Usrah.
Ada sahabat-sahabat menyapa saya, kenapa sebahagian media dakwah dan media rasmi kerajaan masih mengekalkan trend lama? Penuh dengan flare dan effects.

Tak ada masalah. Saya cuma mengetengahkan konsep baru. Jika para designer masih ingin mengekalkan citarasa sedia ada, terpulang. Ia hanya konsep design. Cuma mungkin ketinggalan 7 tahun ke belakang. Sama seperti konsep retro, grunge dan pop culture… Sama juga ketika designer lama menggunakan kerawang dan brushes dalam Photoshop. Raikan sahaja. Walaupun mungkin anda dah pakai blend mode dan konsep double exposure.
Tidak semestinya perlu mengikut trend. Anda boleh kekalkan konsep yang anda suka seperti beberapa media dakwah yang saya suka kunjungi. Mereka mengekalkan kosep design sedia ada, dan itulah citarasa designernya.
Tapi, pandangan awam tetap terkesan dengan trend. Mana yang old school mungkin dianggap tua, ketinggalan dan kurang diminati orang muda yang sifatnya sukakan trend yang baru. Tidak mengikut gaya generasi sebelumnya. Lumrah peredaran zaman.
Lagi satu tapi… sebagai orang seni, anda yang tentukan citarasa anda. Sebagai designer, anda perlu pentingkan padangan audien! Kerana karya anda adalah alat komunikasi.
Izzuddin Ismail
Tarbiah Kreatif
- Published in Reka Bentuk
Messenger Room Kini Di WhatsApp
Akhirnya, semua trio aplikasi milik Facebook dikuasakan dengan Messenger Room. Menariknya berbanding semua pesaing yang lain, WhatsApp, Facebook dan Instagram mempunyai pengguna yang tersendiri.

Dengan adanya fungsi Messenger Room anda boleh berkomunikasi secara “video call” rentas platform WhatsApp – Instagram – Facebook.
Fungsi ini telah dikuasakan dalam WhatsApp yang mula dikemaskini semalam untuk pengguna di seluruh dunia. Anda boleh gunakan sama ada dalam versi telefon pintar anda, di aplikasi PC mahupun WhatsApp Web.

Cara Menggunakan WhatsApp Messenger Room
Langkah 1: Buka WhatsApp (web/PC/Android/iOS), tekan butang panggilan video
Langkah 2: Klik “Create Room”
Langkah 3: Pilih “Continue in Messenger”. Anda akan dibawa ke aplikasi Messenger atau di aplikasi pelayar web anda kerana WhatsApp dan Messenger adalah dua aplikasi yang berbeza.
Langkah 4: Klik “Send Link on WhatsApp”untuk ke WhatsApp
Langkah 5: Pilih kontak atau WhatsApp Group untuk anda kongsikan pautan Messenger Room anda. Anda boleh menstrukturkan semula ayat untuk jemputan anda.
Langkah 6: Tekan butang “Send”
Pengguna boleh memasuki Room anda sebagai “Creator” atau “Guest”.
Anda juga boleh kongsikan (Share) ke pelbagai aplikasi lain selain WhatsApp – Instagram – Facebook dengan syarat, bila nak gunakan mesti pakai Messenger juga.
SELAMAT MENCUBA!
Tarbiyyah Kreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Latihan Digital













